AirAsia Newsroom

View Original

UFC® umum kerjasama integrasi baharu bersame AirAsia

UFC memilih AirAsia sebagai "Syarikat Penerbangan Rasmi" pertama

NEW YORK, 4 November 2017 - UFC, syarikat seni bela diri campuran terulung di dunia, hari ini mengumumkan kerjasama jangka panjang merentasi pelbagai wilayah bersama AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik Asia, sebagai ‘Syarikat Penerbangan Rasmi’ pertama jenama global tersebut. Kerjasama yang merangkumi rantau Asia dan Australia ini, akan bermula pada hari Sabtu, 4 November, sempena acara UFC® 217: BISPING lwn. ST-PIERRE, secara langsung dari Madison Square Garden di New York.

“Kerjasama ini menunjukkan bahawa UFC dan sukan seni bela diri campuran telah berkembang dengan pesat di Asia dan di seluruh dunia,” kata Kevin Chang, Naib Presiden UFC Asia Pasifik. “AirAsia merupakan jenama yang inovatif dan terus berkembang, jadi kami berterima kasih di atas sokongan mereka dan kami berharap dapat mencipta kandungan berjenama untuk semua peminat sukan ini dan para tetamu AirAsia.”

“Dalam erti kata lain, perkembangan pesat UFC sebagai fenomena global selari dengan perjalanan AirAsia.” kata Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia. “UFC telah berkembang daripada acara sulung mereka di Denver hingga ke seluruh Amerika Syarikat dan seterusnya ke Asia-Pasifik dan seluruh dunia, sementara AirAsia pula telah berkembang daripada sebuah syarikat penerbangan domestik hingga menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia yang kini turutr terbang ke Amerika Syarikat. Walau berlainan arah, tetapi impian kami tetap sama - jadi kami amat teruja untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang berkongsi impian dan visi kami.”

AirAsia bakal memulakan acara antarabangsanya semasa acara bersejarah UFC yang pertama di China iaitu UFC FIGHT NIGHT®: SILVA lwn. GASTELUM pada hari Sabtu, 25 November di Arena Mercedes-Benz di Shanghai. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, AirAsia memperoleh hak untuk memaparkan jenamanya di dalam gelanggang Octagon® UFC yang terkenal di dunia di Shanghai dan beberapa acara UFC antarabangsa terpilih pada tahun 2018.

Melalui kerjasama ini, AirAsia juga akan menjadi penaja utama bagi UFC Fan Experience yang terpilih di seluruh rantau ini dan mempromosikan kempen undian nasional yang mana dua peminat akan memenangi pas UFC VIP Experience bagi acara pada tahun 2018. Jenama syarikat penerbangan itu juga akan diintegrasikan menerusi pelbagai platform sosial dan digital UFC, serta menerusi siaran langsung perlawanan dan UFC.com. UFC dan AirAsia juga akan menjadi penaja bersama untuk kandungan yang dipaparkan di platform Weibo dan WeChat di China.

Selain daripada integrasi semasa acara antarabangsa UFC, kerjasama ini juga menawarkan kandungan berjenama bersama kepada peminat sukan ini di Asia melalui platform media AirAsia dan UFC. Inisiatif ini juga memaparkan sesi latihan bulanan yang bersama atlet UFC dan ahli kakitangan Institut Prestasi UFC.

UFC dan AirAsia juga akan melakar sejarah dengan memilih seorang penerima program biasiswa UFC buat julung kalinya. Sebagai sebahagian daripada program ini, seorang atlet dari Asia akan dianugerahkan biasiswa penuh termasuklah perjalanan ke Amerika Syarikat dan latihan di Institut Prestasi UFC di Las Vegas, Nevada.

Untuk maklumat lanjut berkenaan AirAsia, sila layari airasia.com atau ikuti AirAsia di Facebook(facebook.com/AirAsia) dan youtube (AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Instagram (@airasia), Weibo (@亚航之家) atau WeChat dan Zhhiu (@亚洲航空).

Untuk maklumat lanjut berkenaan UFC, sila layari UFC.com. Ikuti kami di Weibo, WeChat, Youku, QQ, Facebook (UFC Asia), Twitter dan Instagram (aufc).