AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia menjadi penaja utama Liga KL Junior

PETALING JAYA, 11 Februari 2017 - Liga Junior KL kini akan dikenali sebagai Liga Junior AirAsia dengan pengumuman syarikat penerbangan tersebut sebagai penaja utama. Tajaan ini adalah satu lagi usaha AirAsia dalam menyokong pembangunan bola sepak di Malaysia dan menggiatkan lagi komitmen untuk membantu bakat-bakat muda merealisasikan impian mereka.

Liga junior ini mempunyai pasukan yang bermula dari kategori umur bawah 8 tahun sehingga bawah 16 tahun yang bertujuan untuk memajukan sukan bola sepak di kalangan para belia dan seterusnya meningkatkan peluang untuk mencungkil bakat-bakat tempatan di seluruh negara.

Musim baru Liga Junior AirAsia telah bermula secara rasmi hari ini dengan beberapa perlawanan bagi pasukan bawah 14 tahun dan pasukan bawah 16 tahun yang berlangsung di pusat latihan baru New Camp, Bandar Utama.

Rudy Khaw, Ketua Bahagian Penjenamaan Kumpulan AirAsia berkata, "AirAsia adalah lebih daripada sebuah syarikat penerbangan, dimana kami melihat diri kami sebagai satu jenama yang boleh membantu bakat-bakat muda untuk merealisasikan impian mereka. Liga Junior AirAsia adalah satu platform untuk bakat-bakat muda yang baru tampil menyerlah dan adalah menjadi harapan kami untuk membantu mencorak perjalanan mereka ke arah menjadi permain bola sepak profesional. Melalui kerjasama eksklusif kami dengan QPR dan PJ Rangers, kami berhasrat untuk mengintegrasikan usaha kami dalam memberikan bakat baru ini peluang serta pendedahan untuk mengalami rejim dan klinik latihan dengan kelab-kelab profesional dan meningkatkan lagi tahap pemain muda Malaysia. "

Will Kucia, Pengarah Liga AirAsia KL Junior berkata, "Liga kali ini akan menjadi lebih menarik dengan kolaborasi bersama AirAsia. Kami percaya dan yakin yang kami telah menemui penaja yang benar-benar berkongsi visi kami untuk bola sepak remaja di Malaysia. Selain dari komitmen untuk meningkatkan peluang di peringkat rantau, liga ini juga bertujuan untuk menjadikan bola sepak satu sukan yang mengalu-alukan kanak-kanak dari semua latar belakang. Kami berharap dapat melihat bola sepak belia berkembang di Lembah Klang dan Malaysia bersama-sama dengan AirAsia .”

AirAsia adalah pemilik kelab bolasepak PJ Rangers dan mempunyai kolaborasi yang kukuh bersama QPR. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Liga AirAsia KL Junior, sila layari www.kljuniorleague.my.