AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia kini terbang dari Kuching ke Pontianak, Indonesia dengan penerbangan harian!

Penerbangan akan bermula pada 5 Jun 2017, tambang istimewa dari serendah RM89* sehala

KUCHING, 30 Mac 2017 - AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kini akan terbang ke Pontianak, Indonesia dari Kuching dengan penerbangan harian bermula pada 5 Jun 2017. Dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia dengan kod penerbangan AK, ini menandakan laluan ke sepuluh AirAsia dari Kuching dan laluan kedua syarikat penerbangan itu dari Malaysia ke Pontianak.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia berkata, "Kami teruja untuk melancarkan penerbangan antarabangsa kedua kami dari Kuching yang terus memperluaskan hubungan laluan kami di antara Malaysia dan Indonesia bagi kesemua tetamu kami. Pontianak menawarkan pengalaman yang unik untuk pelancong yang juga merupakan salah satu daripada dua belas kota yang terletak pada garisan Khatulistiwa. Kami yakin laluan baharu ini akan menyumbang kepada sasaran lima juta pelancong untuk Sarawak tahun ini selain daripada meningkatkan sektor ekonomi dan aktiviti dagangan tempatan."

Bagi meraikan laluan baharu itu, pelancong boleh menempah promosi tambang termasuk semua dari RM89* sehala mulai hari ini hingga 2 April 2017 untuk tempoh perjalanan dari 5 Jun 2017 hingga 30 September 2017. Ahli AirAsia BIG yang menempah semasa tempoh promosi akan menerima dua kali ganda (2X) mata ganjaran BIG AirAsia pada tambang asas. Layari laman sesawang airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone atau peranti Android untuk promosi tambang khas ini.

Ibu kota Kalimantan Barat, Indonesia, Pontianak juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa (Equator City) merupakan satu-satunya bandar di dunia yang terletak pada titik garisan Khatulistiwa, membahagikan hemisfera utara dan selatan. Di sana terletaknya Tugu Khatulistiwa yang terkenal dan berpeluang menyaksikan waktu tanpa bayang-bayang dua kali setahun.

Bandar ini juga terkenal dengan restoran terapung di sepanjang 1,143 kilometer Sungai Kapuas, juga merupakan sungai terpenting di kawasan itu; Taman Alun-Alun Kapuas merupakan taman bandar yang terkenal di sepanjang Sungai Kapuas dengan ciri-ciri esplanad di sekitar mata air pusat monumental; Tugu Digulist, lambang penghormatan bagi memperingati sebelas pemimpin yang bergelut di Kalimantan Barat pada masa lalu; Masjid Mujahiddin, masjid terbesar di wilayah dan kebanggaan bandar; Istana Khadariyah, juga dikenali sebagai Istana Sultan Pontianak; dan banyak lagi.

Pengunjung juga perlu menikmati minuman istimewa Pontianak, campuran aloe vera dengan sirap; membeli produk aloe vera yang popular di Pusat Aloe Vera Lagos; atau membawa pulang kain bercorak tenun dengan harga yang berpatutan sebagai cenderamata; dan menikmati makanan laut segar di Pondok Makanan Laut "Abang Kepiting" yang terkenal, di mana pengunjung boleh memilih pelbagai jenis makanan laut untuk dimasak dalam pelbagai cara.

AirAsia kini terbang ke sembilan destinasi dari Kuching dengan sejumlah 438 penerbangan mingguan dua hala. Destinasi tersebut adalah Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura. Selain daripada Kuching, AirAsia juga mengoperasikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pontianak sejak 2015.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.