AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia X lancar pertandingan Ultimate Xventure untuk remaja

SEPANG, 7 August 2017 - Impikan percutian percuma? Kini impian anda mungkin akan menjadi kenyataan. AirAsia X telah melancarkan satu peraduan yang dinamakan Ultimate Xventure untuk remaja berumur antara 18 dan 32 tahun mencari pengalaman pelancongan kembara yang tidak dapat dilupakan.

Pemenang peraduan ini akan memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke Auckland, New Zealand untuk empat orang, penginapan selama empat hari tiga malam dan aktiviti terpilih disepanjang percutian berkenaan.

Tujuan peraduan ini adalah untuk memperkenalkan New Zealand sebagai destinasi kembara dan menggalakkan generasi milenial untuk meneroka apa yang ditawarkan oleh negara kiwi tersebut.

Antara tarikan New Zealand ialah sukan kembara ekstrim termasuk lompatan bungy di Queenstown, terjunan udara di Tasik Taupo/Wanaka dan berakit di Rotorua yang menawarkan pelancong gabungan kegembiraan adrenalin, kelajuan mendebarkan dan alam semulajadi.

Bagi bahagian pertama, peserta peraduan media sosial Ultimate Xventure perlu memuat naik gambar atau video kreatif aktiviti sukan kembara ke Instagram mereka dengan keterangan menarik dan hashtag rasmi #UltimateXventure dan #AirAsiaX.

Bahagian kedua atau kemuncak peraduan Ultimate Xventure yang merupakan kolaborasi bersama Sunway akan diadakan di Sunway Lagoon Extreme Park pada 20 Ogos. Pemenang akan bersaing dalam barisan perlawanan peraduan Ultimate Xventure yang menggambarkan pengalaman yang terdapat di New Zealand bagi memenuhi kehendak anak muda yang mencari pengalaman kembara.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata diharapkan peraduan ini bukan sahaja membantu dalam menyemarakkan minat anak muda dalam memilih New Zealand sebagai sebuah destinasi kembara malahan untuk mewujudkan aktiviti interaktif yang dapat meningkatkan kesetiaan terhadap jenama AirAsia dalam kalangan generasi milenial.

“New Zealand menawarkan pilihan sukan kembara yang tiada tandingannya, dan hanya AirAsia X menawarkan tambang rendah yang tiada tandingannya dari Kuala Lumpur ke New Zealand untuk pelancong muda yang inginkan pengalaman keseronokan seumur hidup.”

Untuk keterangan mengenai peraduan dan maklumat lanjut tentang terma dan syaratnya, klik http://promotion.airasia.com/newzealand

Penerbangan harian AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Gold Coast, Australia mula pada 23 Mac 2016.

Ikuti perkembangan mengenai aktiviti dan promosi AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).