AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia dan AirAsia X menang di Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan oleh AirlineRatings.com

SEPANG, 15 November 2018 - AirAsia dan AirAsia X Malaysia telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia Pasifik 2019 di Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan oleh peneraju industri  AirlineRatings.com.

 Dinilai oleh barisan panel yang terdiri dari pakar industri dengan jumlah pengalaman dalam industri bersama selama 200 tahun, Anugerah ini membawa empat audit terbesar keselamatan antarabangsa dan kerajaan serta penilaian terhadap kepimpinan dalam inovasi, nilai dan keselesaan penumpang.   

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia  Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami berbangga diiktiraf sebagai juara dan teruja melihat rakan industri menghargai usaha-usaha kami terutama dari segi keselamatan operasi dan inovasi.

 “Anugerah ini adalah amat bermakna kerana telah mengetengahkan kepentingan peranan AirAsia dalam membolehkan perjalanan penerbangan bagi beratus juta penumpang. Anugerah ini juga mengiktiraf usaha kami dalam menawarkan yang terbaik dari segi keselamatan dan pengalaman penerbangan buat para tetamu kami.”

Penarafan keselamatan AirAsia Malaysia baru-baru ini meningkat dari 4/7 bintang ke 7/7 bintang, berikutan penyempurnaan audit bebas IOSA oleh IATA pada September tahun ini.

 Penarafan produk syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X Malaysia pula meningkat satu mata tahun ini ke 4.5/5 bintang, mengiktiraf komitmen syarikat penerbangan tersebut dalam memberi definisi baharu terhadap penerbangan tambang rendah premium menerusi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.

 Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Anugerah ini adalah bukti terhadap usaha menakjubkan kakitangan Allstars yang mempraktikan nilai ‘Sentiasa Selamat’ dan ‘Para Penumpang terlebih dahulu’ dalam aktiviti harian mereka.

 “Diiktiraf dan dinilai oleh barisan pakar dalam industri mendorong kakitangan kami untuk terus membangun dan memahami faktor yang mempengaruhi kecemerlangan dari segi keselamatan dan khidmat pelanggan kami.”

 Ketua Editor AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata “Kemenangan ini adalah sepatutnya dimenangi. Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail telah melakukan yang terbaik dalam memimpin syarikat penerbangan ini ke arah mengukuhkan posisi mereka dalam mendominasi pasaran.

“Syarikat-syarikat penerbangan ini telah membolehkan perjalanan udara yang berpatutan untuk berpuluh juta masyarakat di rantau Asia dengan tawaran nilai dan pengalaman terbaik.”  

Senarai penuh anugerah terdapat di laman airlineratings.com.