AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia tambah penerbangan lewat malam untuk Tahun Baru Cina dengan tambang rendah tetap

Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz (tiga dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes, Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat di majlis pelancaran tambahan penerbangan lewat malam AirAsia untuk Tahun Baru Cina 2019.

SEPANG, 21 November 2018 - AirAsia berbesar hati untuk menambah penerbangan lewat malam untuk memenuhi permintaan perjalanan bagi laluan popular sempena musim perayaan Tahun Baru Cina antara 31 Januari dan 12 Februari 2019.

AirAsia menawarkan tambang rendah tetap RM99* sehala dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, RM149* dari Kuala Lumpur ke Miri, Sibu dan Kuching serta RM199* dari kuala lumpur ke Kota Kinabalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “Kami adalah syarikat penerbangan yang membekal berdasarkan permintaan, justeru tambang akan naik apabila permintaan lebih banyak, terutamanya dalam musim perayaan. Tetapi, tanpa AirAsia, tambang akan menjadi lebih tinggi. Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami berusaha untuk membantu tetamu kami dengan menawarkan penerbangan tambahan lewat malam untuk Tahun Baru Cina ini pada tambang rendah tetap, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas bantuan mereka dalam mendapatkan kelulusan ini.”

Beliau menambah: “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan saya yang mengorbankan cuti Tahun Baru Cina mereka dan untuk kerja keras mereka bagi mengendalikan penerbangan tambahan ini.”

Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook berkata, “Saya berbesar hati dengan penerbangan tambahan lewat malam yang diumumkan oleh AirAsia pada hari ini. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kami berharap harga bagi laluan popular semasa Tahun Baru Cina akan kekal rendah dengan lebih banyak kekerapan penerbangan yang ditawarkan, dan saya senang hati kerana ia dapat dilihat pada penerbangan tambahan ini. Saya menggalakkan semua orang yang ingin pulang dalam tempoh perayaan akan datang untuk mengambil peluang ini dan menempah penerbangan mereka sekarang.”

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang:

 Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak:

Para tetamu yang akan membuat perjalanan di musim perayaan ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka. Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Bagi para tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatkan untuk tiba lebih awal untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk. Kaunter daftar masuk ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan antarabangsa dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan domestik. 

Kaunter daftar masuk di klia2 bagi kedua-dua penerbangan antarabangsa dan domestik pula akan ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*** TAMAT ***

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.