Tiba lebih awal dan daftar masuk sendiri untuk melancarkan perjalanan musim perayaan ini
SEPANG, 13 Februari 2018 – Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, AirAsia dan AirAsia X ingin menggalakkan para tetamu untuk tiba lebih awal di lapangan terbang sekurang-kurangnnya 3 jam sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) bagi melepasi kesemua formaliti penerbangan dan mengelakkan kesesakan yang dijangka akan berlaku semasa musimperayaan ini.
Para tetamu juga dinasihatkan supaya daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masuk dan mencetak pas masuk terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan mereka. Perkhidmatan ini boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan 1 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia, dan sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X.
Kiosk Daftar Masuk Sendiri dan Tag Bagasi Sendiri tersedia di semua lapangan terbang di Malaysia, manakala perkhidmatan Daftar Masuk Bagasi Sendiri boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kuching, Langkawi, Kota Kinabalu, Pulau Pinang serta Lapangan Terbang Miri, Tawau, Sultan Ismail Petra dan Sibu.
Tetamu yang berlepas dari Johor Bahru pula boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar tanpa mengemukakan dokumen peribadi mereka dengan sistem pengecaman wajah pertama di Asia oleh syarikat penerbangan, Fast Airport Clearance Experience System (F.A.C.E.S) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Tersedia untuk para tetamu berumur 18 dan ke atas, proses pendaftaran boleh dibuat di kiosknya dengan meletakkan MyKad atau pasport bercip mereka dan memandang kamera untuk mendapatkan token biometrik mereka. Buat masa ini, sistem ini hanya boleh didapati untuk penerbanganterpilih dari Johor Bahru ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Bangkok, dan Macao.
Bagi tetamu yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan di kaunter imigresen, anda dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.
Setiap seorang tetamu (kecuali bayi) hanya dibenarkan membawa SATU beg kabin (tidak melebihi dimensi 56 x 36 x 23cm) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan ke atas pesawat. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkan tidak harus melebihi 7kg. Para tetamu juga disarankan untuk membuat pra-tempahan peruntukan berat bagasi untuk lebih penjimatan. Pilih ‘Urus Tempahan Saya’ untuk menambah berat bagasi di laman airasia.com sehingga empat jam sebelum waktu berlepas, atau menerusi aplikasi mudah alih untuk peranti iPhone dan Android.
Tetamu dengan tempahan berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu tiba lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan. Kakitangan AirAsia yang berada di lapangan terbang bersedia untuk membantu dan memastikan perjalanan yang lancar untuk semua disepanjang musim perayaan ini.
Selain itu, para tetamu juga dinasihatkan untuk membuat pra-tempahan dalam talian bagi hidangan kombo Santan berharga RM10 untuk penerbangan AirAsia dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X. Pra-tempahan menawarkan lebih banyak pilihan hidangan serta penjimatan dan memastikan mereka dihidang terlebih dahulu. Nikmatilah rasa Szechuan dengan hidangan Ayam Kung Pao bersama ayam yang lazat, cili kering, sos pedas Kung Po, lada benggala, bawang merah dan kacang yang dihidangkan dengan beras putih. Hidangan Kombo pula tersedia untuk pra-tempahan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan menerusi pautan ‘Urus Tempahan Saya’.
Ceriakan pengalaman perjalanan anda dengan hiburan dalam penerbangan percuma apabila anda menyambung ke ROKKI Wi-Fi pada peranti mudah alih anda atau berhubunglah dengan ahli keluarga melalui Internet Percuma ROKKI, hanya untuk ahli AirAsia BIG. Jangan lupa untuk membeli-belah barangan bebas cukai dengan lebih jimat dan mudah diROKKIshop.com. Pra-tempahan boleh dibuat sehingga 48 jam untuk penerbangan AirAsia dan 72 jam untuk penerbangan AirAsia X, dan pesanan tersebut akan terus dihantar ke tempat duduk anda, sama ada dalam penerbangan pergi atau balik. Beg Bertuah edisi terhad AirAsia juga boleh didapati pada harga RM38, RM68, RM88 dan RM128.
AirAsia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua tetamu kami. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).