AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia Raih Kategori Penggunaan Teknologi Terbaik di Anugerah Kesetiaan 2018

SEPANG, 14 Februari 2018 – AirAsia telah memenangi anugerah Penggunaan Teknologi Terbaik di Anugerah Kesetiaan 2018 yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Anugerah tersebut mengiktiraf Program Freedom Flyer AirAsia oleh Program Kesetiaan BIG AirAsia, kerana sistem keahliannya yang unik menjadikan pengumpulan dan penebusan ganjaran lebih baik, mudah dan cepat.

Diadili oleh panel yang terdiri daripada pakar pengurusan program kesetiaan utama, Anugerah Kesetiaan ini mengiktiraf program kesetiaan oleh pemain industri dalam sektor perjalanan yang menekankan pemikiran strategik, pelaksanaan mengikut pasaran, inovasi dan rakan niaga komersial.

Ketua Pegawai Eksekutif Program Kesetiaan BIG AirAsia, Dato' Eddy Leong berkata, “Kami berbangga kerana diiktiraf di atas usaha kami untuk membuat pembaharuan dalam program kesetiaan syarikat penerbangan dan menambah lebih nilai dalam kehidupan lebih daripada 17 juta ahli BIG dengan teknologi ini. Anugerah ini ditujukan untuk semua kakitangan kami yang bekerja keras untuk melancarkan Program Freedom Flyer ini dan menjadikan Program Kesetiaan BIG AirAsia sebuah perniagaan digital. Kami akan terus memberi tumpuan untuk mengoptimumkan perkhidmatan kami dengan teknologi terkini selain memperluaskan butik dalam talian kami, meningkatkan ciri aplikasi mudah alih dan memulakan jualan runcit untuk mengatasi jangkaan ahli-ahli global kami yang semakin berkembang.”

Program Freedom Flyer yang mempunyai empat taraf tersebut membolehkan para ahli menaik taraf status keahlian mereka berdasarkan kekerapan penerbangan - lebih kerap mereka terbang dengan AirAsia, lebih banyak Mata Ganjaran BIG AirAsia dan faedah yang boleh dinikmati. Mereka juga boleh mendapat keutamaan untuk mengakses promosi sepanjang tahun menerusi aplikasi Program Kesetiaan BIG AirAsia, serta kemudahan perjalanan dan gaya hidup eksklusif seperti penginapan hotel, baucar hadiah dan pas untuk pelbagai acara menarik.

Aplikasi Program Kesetiaan BIG AirAsia dan laman web airasiabig.com memberikan para ahli pelbagai pilihan saluran untuk menyemak baki mata ganjaran mereka, menerima pemberitahuan tawaran eksklusif, menyimpan butiran sehingga 10 kad kredit atau debit untuk pembelian lebih cepat dan menebus penerbangan untuk sehingga 10 orang ahli keluarga.

Para ahli boleh menebus penerbangan AirAsia dengan mudah melalui promosi untuk ahli sahaja seperti Jualan Panggilan Akhir bulanan dan menikmati sehingga 90% diskaun atau sehingga 70% diskaun untuk Mata Ganjaran Tetap BIG serta Tempat Duduk Percuma, yang boleh ditebus bermula dari 0 Mata Ganjaran BIG AirAsia.

Selain itu, ahli-ahli yang mempunyai mata ganjaran yang rendah boleh menambah wang tunai untuk menebus penerbangan dengan proses pembayaran yang cepat dan lancar. Mereka juga boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG daripada lebih 160 rakan niaga perjalanan dan gaya hidup pilihan mereka, selain daripada melalui penerbangan AirAsia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Freedom Flyer atau mendaftar sebagai Ahli BIG secara percuma, layariairasiabig.com atau muat turun aplikasi Program Kesetiaan BIG AirAsia daripada App Store atau Google Play untuk mula menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif sekarang.