AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia X Malaysia dapat perbaharuan pendaftaran IOSA buat kali ketiga

SEPANG, 12 April 2018 – AirAsia X Malaysia telah menerima pendaftaran ketiga Audit Keselamatan Operasi (IOSA) daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), memperkukuhkan lagi komitmen syarikat terhadap standard tertinggi keselamatan operasi.

IOSA adalah sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf oleh badan dunia untuk menilai pengurusan operasi syarikat penerbangan dan sistem kawalan, dan ia dianggap oleh industri ini sebagai penanda aras bagi pengurusan keselamatan.

Untuk melayakkannya mendapat pendaftaran ini, AirAsia X Malaysia perlu melengkapkan dengan jayanya audit keselamatan operasi merangkumi lapan bidang operasi -  sistem pengurusan dan organisasi, operasi penerbangan, kawalan operasi dan keberangkatan penerbangan, penyelengaraan dan kejuruteraan pesawat, operasi kabin, operasi pengendalian darat, operasi kargo, dan pengurusan keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail berkata “Pendaftaran IOSA ketiga ini membuktikan komitmen berterusan kita untuk mengekalkan standard keselamatan tertinggi untuk keseluruhan operasi, dan ia direalisasikan oleh Allstars (staf) yang berdedikasi. Allstars bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menentukan kita mematuhi standard industri yang amat ketat. Keselamatan adalah tonggak kepada segala-galanya yang kita lakukan dan kita akan berusaha bukan sahaja untuk mematuhi keperluan regulasi pada setiap masa malah melangkauinya.”

AirAsia X Malaysia menyertai pendaftar IOSA pada 6 April 2015, menjadikannya syarikat penerbangan kedua di Malaysia yang lulus dengan jayanya audit keselamatan operasi diiktiraf dunia.