AirAsia Newsroom

View Original

Pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 ini dengan serendah RM99

SEPANG, 13 April 2018 - AirAsia menawarkan tambang tetap untuk semua laluan domestik pada 8-10 Mei 2018 bagi menyokong usaha rakyat Malaysia untuk pulang mengundi di negeri masing-masing.

Tambang sehala ditetapkan kepada RM99* untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia dan RM129* untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak serta RM199* untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah, untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Dalam Semenanjung Malaysia / Sabah dan Sarawak

Semenanjung Malaysia-Sarawak

Semenanjung Malaysia-Sabah

Para tetamu yang akan membuat perjalanan dalam tempoh pengundian dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka. Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari sebelum waktu pelepasan dan sehingga 1 jam sebelum.     

Bagi para tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatkan untuk tiba lebih awal untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk.     

Kami ingin mengucapkan selamat jalan kepada semua tetamu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

* Tambang termasuk semua untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan caj. Tertakluk kepada terma dan syarat.

KEMASKINI: (12.30pm, 13 April 2018): Tempoh perjalanan telah dilanjutkan dari 8 ke 10 Mei 2018 untuk tawaran tambang tetap dan hanya sah untuk tempahan baharu sahaja.