AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia tambah dua laluan baharu dari hab Johor Bahru

SEPANG, 18 Julai 2018 - Kami kini mengembangkan rangkaian domestik dari Johor Bahru ke dua destinasi baharu, Alor Setar dan Ipoh, bermula 1 Oktober 2018.

AirAsia akan terbang empat kali seminggu dari Johor Bahru ke dua-dua destinasi, yang merupakan laluan domestik ke-10 dan ke-11 kami yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Laluan Johor Bahru-Ipoh juga menandakan perkhidmatan pertama kami ke ibu negeri Perak.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan dua laluan baharu ini dari Johor Bahru. Penambahan laluan ini bukan sahaja menggalakkan hubungan antara utara dan selatan Semenanjung Malaysia malah ia juga merupakan peluang untuk mengukuhkan lagi ekonomi Johor, Kedah dan Perak melalui sektor pelancongan. Kami amat teruja untuk mula terbang ke Ipoh dan tidak sabar untuk meraikannya pada bulan Oktober nanti.”

AirAsia Malaysia kini terbang ke 16 laluan dari Johor Bahru - Bangkok, Jakarta, Surabaya, Bandar Ho Chi Minh, Guangzhou, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu, Tawau, Alor Setar dan Ipoh.

Untuk meraikan laluan baharu ini, kami menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM69* sehala dari Johor Bahru ke Alor Setar dan daripada RM59* dari Johor Bahru ke Ipoh. Promosi ini boleh didapati bermula sekarang sehingga 29 Julai 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 Oktober 2018 dan 13 Ogos 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jadual Penerbangan untuk Johor Bahru (JHB) – Alor Setar (AOR):

Jadual Penerbangan untuk Johor Bahru (JHB) – Ipoh (IPH):

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.