AirAsia X lancar pencarian duta bersama Sony Malaysia
Sertai untuk menang hadiah lumayan daripada jenama syarikat penerbangan dan teknologi terkemuka - AirAsia X dan Sony
SEPANG, 26 Julai 2018 – AirAsia X hari ini mengumumkan satu kerjasama baharu bersama Sony Malaysia dengan pelancaran pencarian global duta bersama buat julung kali bagi mewakili jenama syarikat penerbangan dan teknologi visual yang terkemuka.
Peraduan selama 10 minggu yang dikenali sebagai “Through the Lens” berlangsung mulai 30 Julai hingga 7 Oktober 2018. Perwakilan duta selama setahun termasuk hadiah penerbangan daripada AirAsia dan peralatan kamera terkini Sony yang boleh dimenangi secara perkongsian imej menarik dari mana-mana 130 destinasi AirAsia melalui throughthelens.airasia.com.
Ketua Komersial Kumpulan AirAsia X Barry Klipp berkata “Sejak penubuhannya, AirAsia telah membolehkan penerbangan udara dengan menawarkan tambang rendah secara konsisten. Sebagai sebuah syarikat, kami komited terhadap teknologi dan inovasi dan kami berharap kerjasama bersama Sony akan memberi tetamu kami inspirasi untuk berkongsi pengalaman pengembaraan ke mana jua diterbangkan oleh AirAsia, melalui lensa mereka sendiri.”
Tambah Klipp “Bak kata ungkapan gambar memberi seribu makna. Kami lancarkan peraduan ini bersama Sony untuk memaparkan bagaimana pengalaman mengembara boleh diceritakan dalam cara yang mengagumkan secara visual tidak kira berapa bajet samada melalui telefon pintar atau peralatan kamera canggih yang terdapat di pasaran. Kami sedang mencari seorang yang menerokai mana-mana destinasi AirAsia destination dan berkongsi saat pengembaraan jauh dan luas yang paling digemari.”
Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai berkata, "Disebabkan peningkatan penetrasi telefon pintar di pasaran, minat terhadap fotografi telah berkembang pesat dalam beberapa tahun sahaja. Orang ramai telah mula mengambil foto pengembaraan yang estetik menghubungkan orang yang tidak dikenali merentasi dunia (terima kasih kepada platform sosial media). Sony, selaku peneraju dunia dalam pengimejan digital dam pengeluar imej sensor terbesar, kami yakin akan terus meneraju ke hadapan ke arah spektrum jurugambar pengembara samada hobi ataupun penggemar. Melalui kolaborasi bersama AirAsia, kami percaya kami boleh menghidupkan inspirasi dan orang ramai mulai merakamkan keindahan kehidupan seharian melalui lensa mereka.”
Hadiah utama merupakan pengalaman yang tidak ternilai dari segi wang ringgit dimana sebagai duta bersama, pemenang akan dihadiahkan dengan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman pengembaraan baharu bersama AirAsia yang menarik dan mengambil bahagian dalam pelancaran produk eksklusif daripada Sony Malaysia.
Pemenang juga akan memenangi tempat duduk Premium Flatbed pergi balik secara percuma dan tempat penginapan di Tokyo, melawat teknologi terkini Sony di ibu pejabatnya di Jepun, kamera tanpa cermin bingkai penuh baharu Sony, Alpha A7III K bernilai RM9,433 dan fon kepala tanpa wayar Sony h.ear on 2 bernilai RM1,093.
Turut ditawarkan sembilan hadiah saguhati termasul tiket penerbangan AirAsia X dan sebuah kamera Sony RX100V bernilai RM4,299, setiap minggu kepada paparan kreatif terbaik dikemukakan di laman mikro peraduan ini.
Untuk menyertai peraduan ini, layari throughthelens.airasia.com dan pelajari bagaimana cara untuk mengemukakan penyertaan dengan memuat naik foto pengembaraan anda dengan penceritaan kreatif di sebaliknya.
Untuk maklumat mengenai promosi dan aktiviti terkini AirAsia,layari Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).