AirAsia menyokong usaha bantuan gempa bumi di Lombok

SEPANG, 8 Ogos 2018 - AirAsia hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyediakan bantuan pengangkutan udara untuk membantu mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia.

Bantuan itu termasuk perjalanan udara bagi pekerja bantuan dan kakitangan perubatan serta pengangkutan barang bantuan seperti peralatan kebersihan, bekalan makanan kering dan selimut.

Organisasi bantuan berdaftar dialu-alukan untuk menghantar e-mel kepada foundation@airasia.com untuk membantu mangsa gempa bumi, di mana peraturan penghantaran dan keperluan kargo akan diberikan selepas penilaian.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai usaha sokongan bantuan AirAsia boleh melawat kami di Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).