AirAsia Newsroom

View Original

Timbalan Perdana Menteri rasmi pusat jagaan kanak-kanak di AirAsia RedQ

Kenyataan Gambar: (Dari kiri) Dato’ Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulann AirAsia Berhad; Rajeswary Jesslyn, Guru Besar Taska Krista @ RedQ; Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X; YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Noor Neelofa, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulann AirAsia Berhad dan Wong Wai Kuen, Pengarah Program, Kumpulan Syarikat Krista di majlis perasmian Taska Krista @ RedQ.

SEPANG, 18 September 2018 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail hari ini merasmikan Taska Krista@RedQ, sebuah pusat jagaan kanak-kanak di ibu pejabat AirAsia, RedQ.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail berkata, “Kami berharap lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja yang memenuhi semua keperluan dan berdaftar ditubuhkan serta dilengkapi dengan kakitangan yang berkelayakan. Ini adalah isu yang memerlukan perhatian segera. Saya harap lebih banyak organisasi akan mula menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di pejabat mereka.”

Pusat jagaan kanak-kanak tersebut berkeluasan lebih 413 meter persegi dan mempunyai empat bilik darjah, bilik menyusu, bilik rawatan, tandas bersaiz kanak-kanak, ruang makan, pantri, bilik mengering, pejabat, tempat bermain di dalam dan luar, serta mainan yang sesuai untuk perkembangan minda, alat bantuan pembelajaran dan kemudahan multimedia.

Dikendalikan oleh Krista Education, pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak selama lebih 22 tahun, pusat tersebut menerima kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dengan bayaran minimum setiap sebulan.

Eksekutif utama AirAsia yang hadir pada majlis tersebut termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X Tan Sri Tony Fernandes, Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad Dato 'Aziz Bakar dan Noor Neelofa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Perniagaan Syarikat Penerbangan) Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao Celia Lao, dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Salah satu daripada nilai utama AirAsia adalah bukan hanya untuk mendahulukan para tetamu tetapi juga kakitangan Allstars kami. Ini bermakna mewujudkan sebuah tempat kerja yang menggembirakan dan selesa untuk semua kakitangan kami, termasuklah ibu bapa yang bekerja. Pusat jagaan kanak-kanak ini merupakan sebahagian daripada apa yang kami cuba lakukan untuk memberikan ketenangan kepada kakitangan kami dengan mengetahui anak-anak mereka dijaga dengan baik. Saya selalu berkata bahawa kejayaan sebuah syarikat bergantung kepada kakitangannya, dan saya percaya bahawa jika anda menjaga kakitangan anda, mereka pasti akan menjaga para pelanggan anda.”

Selain pusat jagaan kanak-kanak, kemudahan lain di RedQ termasuklah sebuah klinik, makmal fisioterapi, gimnasium dengan jurulatih peribadi, pod tidur, kafeteria, kafe T&Co, kedai salad, gelongsor setinggi tiga tingkat dan banyak lagi.