AirAsia naik taraf sistem tempahan

SEPANG, 14 Januari 2019 - AirAsia akan menaik taraf sistem tempahannya yang menggunakan sistem Navitaire New Skies pada hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan pengalaman tempahan dalam talian yang yang lebih baik kepada para tetamu.

Tempahan penerbangan tidak akan tersedia semasa tempoh naik taraf ini bermula jam 2.00 petang pada hari Sabtu, 19 Januari 2019 (GMT +8) hingga 3.00 pagi pada hari Ahad, 20 Januari 2019 melalui laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

Para tetamu juga tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan mereka sehingga proses naik taraf ini selesai.

Semua tetamu yang bakal membuat perjalanan dalam tempoh ini dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk penerbangan, atau mengunakan pas masuk elektronik di mana perkhidmatan tersebut tersedia. Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Para tetamu juga disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia), atau hubungi @AirAsiaSupport di laman Twitter untuk sebarang pertanyaan.