AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia mansuhkan fi klia2 untuk mengekalkan tambang rendah

SEPANG, 7 Januari 2019 - AirAsia akan memansuhkan caj RM3 fi klia2 bagi kesemua penerbangan yang berlepas dari  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bermula hari ini.

Fi klia2 yang diperkenalkan pada Mei 2014 adalah bagi menampung kos tambahan yang terhasil dari penggunaan fasiliti mandatori yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di klia2 seperti penggunaan jambatan udara, sistem daftar masuk SITA dan sistem menaiki pesawat, yang tiada di Teminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebelum ini.  

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Selaras dengan pengumuman kami minggu lepas, kami telah memansuhkan fi klia2. Sejak dari mula, kami telah mengatakan yang klia2 adalah tidak sesuai untuk operasi syarikat penerbangan tambang rendah dan kami akan terus ke Malaysia Airports untuk segala kos tambahan yang mereka kenakan ke atas kami.”

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).