AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia umum masa hadapan penerbangan jarak jauh di Pertunjukan Udara Paris

Photo Caption: (Third from Left) AirAsia Deputy Group CEO Airlines Bo Lingam, AirAsia X Group CEO Nadda Buranasiri, AirAsia X Berhad Chairman Tan Sri Rafidah Aziz, Airbus Chief Commercial Officer Christian Scherer and Avolon CEO Domhnal Slattery flanked by AirAsia Cabin Crew.

LE BOURGET, 17 Jun 2019 - AirAsia, pelanggan sulung Airbus A330neo di Asia Pasifik,  hari ini memperkenalkan pesawat pertama generasi baharu pesawat penerbangan jarak jauhnya di Pertunjukan Udara Antarabangsa Paris.

Pesawat tersebut yang bakal berpengakalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok, Thailand akan membangkit perkembangan pelan jaringan jarak jauh AirAsia di pasaran utama seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan.

Majlis pengenalan pesawat tersebut di hadiri Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam, Ketua Pegawai Komersial Airbus Christian Scherer dan Presiden Penerbangan Awam Rolls-Royce Chris Cholerton dan Ketua Pegawai Eksekutif Avolon Domhnal Slattery, serta penggiat media industri penerbangan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri berkata, “Ini adalah satu batu loncatan dalam industri penerbangan - terutama bagi para tetamu kami - yang mana akan mengubah pasaran penerbangan tambang rendah jarak jauh. AirAsia teruja kerana terus menjadi peneraju, sebagai syarikat penerbangan pertama di Asia Pasifik yang akan mengoperasi generasi baharu pesawat A330neo yang canggih ini.

“Dengan 66 tempahan pesawat yang ditempah terus dan perjanjian membeli 34 lagi pesawat tambahan,  A330neo adalah jenis pesawat yang seterusnya pada masa hadapan bagi operasi penerbangan jarak jauh kami dengan menyampaikan pengalaman penerbangan bagi para tetamu yang lebih baik termasuk ciri rekaan terkini  dan modifikasi baharu yang menjadikan penerbangan sederhana - jarak jauh bernilai lebih selesa dari sebelum ini.

“Para tetamu boleh melihat perbezaan menerusi ruang peribadi dan ruang menyimpan bagasi dalam pesawat yang lebih luas, suasana pencahayaan sekeliling yang lebih menyeluruh, soket elektrik di setiap tempat duduk dan kabin tersunyi dalam kelasnya.”

Buranasiri menambah: “AirAsia X terus fokus menyampaikan nilai yang terbaik bagi penerbangan sederhana ke jarak jauh. Kehadiran A330neo membolehkan kami meneroka destinasi baharu dalam perancangan. Penerbangan terus ke Eropah dah Amerika Syarikat kini tidak mustahil lagi. Kami sedang mengkaji pelbagai destinasi dan pelan produk bagi menggunakan sepenuhnya potensi yang ditawarkan oleh pesawat ini termasuk jarak yang lebih jauh dan efisien yang akan diumumkan kelak.”  

Ketua Pegawai Komersial Airbus Christian Scherer berkata, “Operasi yang efisien, inovasi dalam produk terkini dan peningkatan adalah teras di AirAsia...dan ini adalah sama bagi A330neo juga! Sebagai generasi terkini, kos terendah setiap tempat duduk bagi setiap batu perjalanan dalam kelas sederhana pesawat berbadan lebar, A330neo akan membawa langkah perubahan dalam penggunaan bahan bakar yang lebih efisien dan peningkatan jarak yang akan membuka peluang baharu bagi perkembangan jaringan jarak jauh AirAsia X Thailand”

Presiden Penerbangan Awam Rolls-Royce Chris Cholerton berkata, “Hari ini adalah hari yang istimewa buat kami di Rolls-Royce, kami sangat berbesar hati melihat A330neo yang di perkenalkan di Pertunjukan Udara Paris dengan rekaan luaran AirAsia. Kami juga sangat teruja untuk melihat pesawat ini memenuhi ruang udara Asia. Enjin Trent 7000 adalah kritikal dalam menyampaikan 14% penambahbaikan dalam mengurangkan pembakaran bahan api bagi setiap tempat duduk dalam pesawat A330neo jika dibandingkan dengan enjin generasi Trent 700 yang terdahulu, faktor ini merupakan faktor utama kejayaan pesawat ini.”

Pesawat AirAsia A330neo yang diperkenalkan hari ini akan tersedia untuk pameran di Pameran Airbus dari 17- 19 Jun 2019 dan akan dibuka bagi pelawat dan media Pertunjukan Udara Paris antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.