AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia lancar laluan eksklusif dari Kuala Lumpur ke Da Lat

SEPANG, 18 September 2019 - AirAsia hari ini mengumumkan pelancaran laluan eksklusif ke Da Lat dari Kuala Lumpur, untuk terus mengembangkan rangkaiannya di Vietnam.

Perkhidmatan empat kali seminggu ke Da Lat, ibu kota wilayah Lam Dong di kawasan tanah tinggi Vietnam yang juga dikenali sebagai Central Highlands, akan bermula pada 20 Disember 2019.

Da Lat turut dikenali sebagai Kota Musim Bunga kerana cuacanya yang nyaman dan dibangunkan sebagai sebuah bandar riadah oleh Perancis pada awal tahun 1900, ia juga menawarkan beberapa contoh seni bina kolonial seperti Stesen Keretapi Da Lat dan Lycée Yersin. Da Lat merupakan tempat tinggal kepada tiga kediaman yang dimiliki oleh Maharaja Bao Dai, maharaja terakhir Vietnam.

Tarikan-tarikan lain termasuklah Tasik Xuan Huong, sebuah ikon popular Da Lat yang terletak di pusat bandar, dan Pagoda Linh Phuoc, yang dihiasi dengan mozek warna-warni yang diperbuat daripada kepingan tembikar dan kaca. Bagi peminat alam semula jadi, Bukit Robin menawarkan pemandangan panorama bandar dan persekitaran semulajadi, termasuk Tasik Tuyen Lam dan Gunung Lang Biang, sementara perjalanan ke puncak Gunung Samson membolehkan pengunjung untuk menikmati pemandangan indah Da Lat dari kawasan tanah tinggi. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Kami berbangga untuk terus meluaskan rangkaian kami dengan memperkenalkan laluan baharu dan unik ini ke Da Lat, Vietnam. Sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang terbang ke Da Lat, pelawat dari Malaysia tidak lagi perlu memandu tiga jam dari Nha Trang atau lima jam dari Bandar Ho Chi Minh untuk melawat bandar yang indah ini. Kami percaya, laluan baharu ini akan menguatkan lagi hubungan ekonomi untuk masyarakat di selatan Vietnam, di samping mengukuhkan rangkaian kami di seluruh rantau Asean dan di luar Asean.”

Bagi meraikan laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli bagi Kuala Lumpur-Da Lat daripada serendah RM99* bermula sekarang hingga 29 September 2019 bagi perjalanan antara 20 Disember 2019 dan 27 Mac 2020, di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Da Lat adalah destinasi ketujuh AirAsia di Vietnam selepas Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Nha Trang, Can Tho dan Phu Quoc.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM104 untuk perjalanan sehala termasuk cukai.