AirAsia Newsroom

View Original

airasia.com Super Sale kembali dengan tawaran lebih hebat

KUALA LUMPUR, 16 November 2020 - Nikmati tawaran lebih hebat di airasia.com super app sempena jualan Super Sale dari 16 hingga 22 November 2020, dengan tawaran bermula serendah RM1.99.

Jualan airasia.com Super Sale yang dilancarkan pada bulan lalu menggantikan jualan popular Tempat Duduk Percuma AirAsia sebelum ini.

Bukan sahaja produk segar, barangan runcit, perkhidmatan penghantaran makanan, produk perjalanan dan gaya hidup, malah perkhidmatan mesra Muslim serta pakej kesihatan dan kesejahteraan juga tersedia di airasia.com super app untuk semua melalui laman web atau aplikasi mudah alih. Para pelanggan juga boleh menggunakan ciri BigPay Checkout untuk membuat pembayaran dengan lebih lancar untuk semua produk

Sepanjang tempoh jualan airasia.com Super Sale, nikmati diskaun hingga 50% dari peniaga terpilih di airasia Fresh dengan bayaran penghantaran RM1, dan diskaun hingga 50% untuk peniaga terpilih di airasia Food, platform pesanan makanan dalam talian yang beroperasi tanpa komisen.

Antara tawaran hebat lain termasuklah Beli 1 Percuma 1 untuk barangan penjagaan kulit, kosmetik, aksesori dan banyak lagi yang terpilih di airasia Shop; diskaun 50% dengan tambahan 5% untuk Promosi Tanpa Had dengan kod promosi ‘SUPER5’; diskaun 10% untuk perkhidmatan Aqiqah Luar Negara dan Aqiqah Makkah di Ikhlas; perkhidmatan estetika bermula daripada RM299 di airasia Health dan banyak lagi. 

Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: “Sejak pelancaran airasia.com sebagai Asean super app pada bulan Oktober, kami terus memperluaskan jangkauan pasaran dan mempelbagaikan rangkaian produk kami di rantau ini. Baru-baru ini, kami telah melancarkan AirAsia Unlimited Pass di Filipina, Thailand dan Indonesia, serta memperkenalkan airasia Health di Malaysia - sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan perubatan secara menyeluruh. Kami juga berusaha untuk memperluaskan platform e-dagang kami di Asean melalui kerjasama strategik dengan penyedia teknologi, peniaga dan pembekal perkhidmatan. 

“Jualan airasia.com Super Sale kali ini menawarkan diskaun yang lebih hebat untuk pelbagai produk dan peniaga. Kami juga berbesar hati kerana melalui jualan ini, kami dapat membantu memulakan kembali perniagaan yang terjejas oleh pandemik semasa. Selamat berbelanja dan nikmatilah tawaran terbaik untuk perjalanan, aktiviti, makanan, dan banyak lagi.”

Para pengguna juga boleh mengumpul 3x BIG Poin apabila membuat bayaran menggunakan kredit kad AirAsia sepanjang tempoh jualan airasia.com Super Sale. Ahli BIG pula boleh menggunakan BIG Poin* untuk membuat bayaran di airasia.com super app.

Untuk berita, aktiviti dan promosi harian sepanjang airasia.com Super Sale, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).

*Pembayaran melalui BIG Poin tidak tersedia untuk pembelian Insuran, produk Kesihatan dan penerbangan selain-AirAsia. Semua diskaun tertakluk kepada terma dah syarat.