Pengguna BigPay kini boleh membayar bil melalui aplikasinya - dan boleh mendapatkan perkhidmatan insurans, pinjaman dan pengurusan kewangan tidak lama lagi
KUALA LUMPUR, 21 Disember 2020 - BigPay hari ini telah melancarkan ciri Pembayaran Bil baharu di mana penggunanya boleh membayar bil daripada lebih 20 syarikat (daripada telekomunikasi kepada pembekal tenaga), menetapkan peringatan pembayaran, menyimpan maklumat transaksi dan mambahagikan bil dengan mudah dalam satu aplikasi. Ciri ini bukan sahaja menawarkan nilai dan pilihan lebih baik kepada semua penggunanya, malah membantu mereka merancang perbelanjaan.
Salim Dhanani, Pengasas Bersama BigPay berkata: “Kami teruja untuk melancarkan pasaran kewangan dengan ciri Pembayaran Bil. Pelancaran ini membawa kami selangkah lebih dekat untuk menjadi penyelesaian sehenti bagi keperluan kewangan pengguna kami. Tahun 2021 bakal menjadi tahun yang mengujakan untuk BigPay kerana kami akan melancarkan produk dan ciri-ciri baharu seperti pinjaman digital, insurans dan pengurusan kekayaan. Kami tidak sabar untuk menawarkan semua ini kepada komuniti kami yang semakin berkembang.”
Lebih 20 syarikat kini tersedia untuk pembayaran melalui aplikasi BigPay termasuklah telekomunikasi, pembekal internet, air dan elektrik seperti Astro, Celcom, Air Selangor, Sabah Electricity, Sarawak Energy Berhad dan banyak lagi. BigPay akan terus menambah senarai syarikat supaya para pengguna boleh mengawal dan menguruskan kewangan mereka dengan mudah.
Untuk mengakses ciri Pembayaran Bil di aplikasi BigPay, pengguna hanya perlu klik pada pilihan ‘Pembayaran’ dari skrin utama, pilih syarikat berkenaan dan masukkan butiran yang diminta. Setelah pengesahan transaksi dilakukan dengan nombor PIN, akaun pengguna akan didebitkan. Para pengguna juga boleh menyimpan butiran pembayaran bil di tab ‘Simpanan Bil’ dan mereka tidak perlu memasukkan semula nombor akaun bil untuk membuat pembayaran. Keseluruhan proses ini adalah selamat dan memerlukan beberapa langkah keselamatan, termasuklah PIN Kata Kunci Sekali Sahaja (OTP).
Untuk maklumat lanjut mengenai ciri Pembayaran Bil, layari bigpay.me/blog.
Pengguna BigPay dinasihati agar tidak berkongsi sebarang maklumat sulit seperti kata laluan, OTP dan nombor kad pengenalan kepada sesiapa sahaja melalui sebarang panggilan telefon atau mesej yang mungkin diterima terutamanya dari aplikasi sembang seperti WhatsApp.
Untuk maklumat dan perkhidmatan terbaru BigPay, ikuti BigPay di Twitter (twitter.com/Bigpayme), Facebook (facebook.com/Bigpaymalaysia) dan Instagram (instagram.com/Bigpayme).