AirAsia Newsroom

View Original

Tebus tawaran gaya hidup dengan BIG Poin dalam aplikasi baharu BIG Loyalty

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2020 - BIG Loyalty telah menaik taraf aplikasi mudah alihnya dengan ciri-ciri tambahan yang menawarkan Ahli BIG lebih banyak pilihan untuk menikmati lebih daripada penerbangan dan percutian dengan BIG Poin mereka.  

Versi baharu ini menawarkan lebih fleksibility kepada Ahli BIG dalam menggunakan mata ganjaran BIG untuk menebus BIG Deals - pelbagai baucar gaya hidup di mana ianya boleh ditebus langsung dari aplikasi tersebut menggunakan mata ganjaran BIG. Ini menandakan satu lagi kejayaan bagi transformasi BIG Loyalty daripada program kesetiaan syarikat penerbangan kepada platform gaya hidup komprehensif, sempena ulang tahunnya yang ke-10.

Ahli BIG kini boleh menggunakan mata ganjaran BIG untuk menebus pelbagai tawaran harian kegemaran mereka dan menikmati penjimatan lebih 100 tawaran seperti makanan dan minuman, membeli-belah, perkhidmatan dan hiburan.

Untuk meraikan aplikasi ini, sesiapa yang memuat turun atau log masuk ke aplikasi BIG Loyalty antara 4 Mei 2020 dan 31 Mei 2020 akan menerima 125 mata ganjaran BIG PERCUMA* dengan sejumlah 1,500,000 mata ganjaran BIG untuk dimenangi sepanjang tempoh kempen ini. Selain itu, dapatkan promosi 50% dan tawaran RM1 di mana Ahli BIG boleh menebus dengan hanya 125 mata ganjaran BIG, termasuklah tawaran daripada Huawei, Farmasi Caring, Hermo, Potboy, Kafe Dome, dahmakan, Hungry, MPHOnline, Photobook, Pixajoy dan Flower Chimp.  

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd berkata, “BIG Poin telah berkembang daripada hanya mata kesetiaan kepada mata wang digital, dan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk terus menambah nilai mata dan terus menawarkan kebebasan penggunaan serta pengalaman lebih baik untuk ahli BIG memanfaatkan BIG Poin mereka. 

“BIG Poin adalah universal dan tanpa had, kerana kini mata ganjaran yang dikumpul bukan sahaja terhad untuk menebus penerbangan tetapi juga boleh menebus tawaran gaya hidup. Sehingga kini, terdapat lebih 13 bilion BIG Poin dalam akaun Ahli BIG kami. Ini adalah peluang besar bagi perniagaan lain untuk memanfaatkan ekosistem kami dan menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada lebih 26 juta ahli BIG kami. Kami akan meneruskan usaha dalam memperluaskan tawaran dan meningkatkan pengalaman para ahli serta mewujudkan nilai yang lebih bermakna untuk ahli BIG dan rakan kongsi kami.” tambah Spencer. 

Jenama yang berminat untuk bekerjasama dengan BIG Loyalty boleh hubungi kami di commercial.my@airasiabig.com.

Tawaran BIG Deals kini terdapat untuk Ahli BIG di Malaysia dan tidak lama lagi akan diluaskan ke Thailand, Indonesia dan Filipina. 

Tawaran yang ditebus adalah dalam bentuk e-baucar, di mana ia boleh digunakan di kedai rakan kongsi perniagaan atau dalam talian kami. Aplikasi ini juga memberi ahli pilihan untuk membeli BIG Poin, seterusnya memudahkan Ahli BIG untuk menukar mata ganjaran mereka kepada simpanan dengan menggunakan mata ganjaran mereka sebagai baki kos pembelian.  

Pada bulan Ramadan ini, Ahli BIG juga berpeluang untuk menderma BIG Poin melalui “Give with Ikhlas,” inisiatif derma digital awam. Ahli BIG boleh menebus baucar derma tunai dan 100% akan disumbangkan terus kepada inisiatif ini, untuk membantu mereka yang memerlukan dan ahli barisan hadapan sambil membantu peniaga tempatan.  

Dengan versi baharu ini, matlamat BIG Loyalty adalah untuk mengalakkan Ahli BIG supaya lebih aktif dalam mengumpul dan menggunakan BIG Poin. Aplikasi tersebut juga memudahkan Ahli BIG menguruskan mata ganjaran, semak sejarah transaksi, semak baki, semak tamat tempoh, dan menebus tawaran terbaik pelancongan dan gaya hidup di hujung jari mereka.  

Ciri-ciri baharu seperti pindah mata ganjaran, kongsi mata ganjaran dengan ahli keluarga dan ciri penukaran mata ganjaran berdasarkan-blockchain menerusi platform BIG Xchange akan tersedia tidak lama lagi.  

Antara jenama-jenama dan rakan kongsi BIG Deals adalah: 

Makanan & Minuman
Baskin Robbins, Nando’s, Texas Chicken, Kafe Dome, Teppanyaki, The Black Whale, Santan, Durian Hill

Membeli-belah
adidas, ZALORA, Lazada, HappyFresh, Hermo, MPHOnline, Potboy, Farmasi Caring 

Perkhidmatan
Eat Cake Today, dahmakan, Flower Chimp, GrabFood, Hungry, Photobook, Pixajoy, Smartbite

Hiburan
iflix, Razer Gold

Derma 
IKHLAS

Untuk maklumat lanjut mengenai mata ganjaran BIG, muat turun aplikasi BIG Loyalty atau ikuti kami di  Facebook, Twitter dan Instagram.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.