AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia tawar diskaun 20% untuk destinasi domestik

SEPANG, 3 Ogos 2020 - Selari dengan peningkatan perkhidmatan penerbangan domestiknya di Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20%* untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di dalam negara.

Tempahan tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang sehingga 9 Ogos 2020, untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos dan 6 Disember 2020.

Para tetamu juga boleh menikmati lebih penjimatan melalui SNAP yang menawarkan diskaun tambahan sebanyak 25% untuk penerbangan dengan jaminan nilai terbaik untuk kombo penerbangan dan hotel. Kombo ini termasuklah penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari 2 malam. Terbang dan nikmati penginapan di Vivanta Resort Langkawi, The Prestige Hotel Penang dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat said: “Perjalanan udara kekal menjadi kaedah penghubung yang penting pada masa ini. Jumlah pelancong domestik juga memberangsangkan, dengan lebih daripada 500,000 tempat duduk terjual sepanjang bulan Julai, yang mana tempoh perjalanan paling tinggi adalah pada cuti hujung minggu yang lalu sempena Hari Raya Aidiladha.  Kini kami menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di Malaysia, supaya semua orang boleh terbang dengan harga berpatutan.  Promosi ini juga tepat pada masanya untuk para pelajar universiti, ibu bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan untuk semester yang akan datang.  Kami akan terus bekerjasama dengan rakan industri dan pihak berkepentingan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang lebih menarik dan berpatutan untuk semua.”

“Kami turut menggalakkan semua tetamu untuk berwaspada dan mengikuti semua langkah keselamatan seperti memakai pelitup muka sepanjang masa, membersihkan diri dan mencuci tangan secara kerap serta tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan,” tambah beliau.

Jika terdapat sebarang perubahan pada rancangan perjalanan anda, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan menawarkan para tetamu yang melakukan perjalanan sehingga 31 Disember 2020 kelebihan untuk mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa bayaran pertukaran penerbangan.

Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan dari kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah menyediakan prosedur tanpa sentuhan dan perkenalkan siri langkah keselamatan baharu, termasuk kepada mereka yang berisiko tinggi bagi memastikan keselamatan semua para tetamu. Sila layari pautan ini untuk mengetahui semua inisiatif yang telah diterapkan oleh AirAsia bagi memastikan penerbangan kekal selamat untuk semua.

Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Sila rujuk di sini https://air.asia/b9qKC.