AirAsia Newsroom

View Original

Rancang Cuti-Cuti Malaysia 2021 anda dengan jualan airasia.com BIG Sale

KUALA LUMPUR, 4 Januari 2021 - airasia.com meraikan tahun 2021 dengan jualan Big Sale yang menawarkan diskaun untuk Cuti-Cuti Malaysia 2021 dan keperluan perjalanan penting yang lain.

Terbang dengan tambang serendah RM12* dari Johor Bahru ke Ipoh dan Kota Bharu; dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu; dan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dan Langkawi. Nikmati juga pakej SNAP selama 3 hari 2 malam termasuk penerbangan pergi balik daripada RM89 seorang, diskaun hingga 60% untuk tempahan hotel, diskaun 20% untuk elaun bagasi daftar masuk melebihi 25kg, diskaun 20% untuk tempah duduk Hot Seat dan diskaun 10% untuk hidangan dalam penerbangan. 

Tempahan tersedia dari 4 Januari hingga 10 Januari 2021 di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk tempoh perjalanan antara 11 Januari 2021 dan 30 Oktober 2021.

Sepanjang tempoh jualan Big Sale, ahli BIG boleh mengumpul hingga 5 kali ganda BIG Poin untuk setiap tempahan hotel. Ahli BIG juga boleh memilih untuk membayar menggunakan BIG Poin, manakala pengguna BigPay boleh membuat pembayaran segera dengan hanya satu klik dengan ciri ‘One-Click’ yang mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Tahun 2021 membuka lembaran baharu dan AirAsia bersedia untuk kembali terbang tinggi. Untuk menyokong inisiatif Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia dan mempromosikan perjalanan domestik, jualan Big Sale airasia.com menawarkan tawaran perjalanan dengan nilai terbaik untuk semua. Malaysia menawarkan pelbagai tarikan seperti alam semula jadi, warisan, budaya, bandar moden, makanan yang enak dan banyak lagi, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka tanah air kita. Untuk menyambut kedatangan para tetamu kami, AirAsia telah meningkatkan semua langkah-langkah keselamatan dengan mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat di dalam penerbangan, untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.”

Yang Berusaha (Ybrs) Encik Zulkifly Md. Said, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia berkata: “Kami berbesar hati melihat para pemain industri pelancongan utama seperti AirAsia memulakan tahun baharu dengan penuh semangat dan menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia kami. Kami juga memuji usaha AirAsia dalam menjaga langkah keselamatan yang ketat untuk memastikan rakyat Malaysia dapat melakukan perjalanan udara dengan selamat. Ini adalah usaha berterusan kami untuk bekerjasama dengan semua pemain industri bagi memberikan tawaran dan pakej pelancongan yang menarik untuk merangsang pasaran pelancongan domestik. Kami menjangka pelancongan domestik akan menjadi kunci dalam menghidupkan kembali ekonomi nasional pada tahun 2021. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan negara.”

Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. AirAsia juga telah memperkenalkan langkah-langkah keselamatan baharu bagi para tetamu di sepanjang perjalanan termasuk sebelum, semasa dan selepas penerbangan. 

AirAsia telah menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan. Seperti yang digariskan di dalam laman web Airlineratings.com, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria termasuklah maklumat yang menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala, peralatan pembersih peribadi dan lain-lain di dalam penerbangan.

Untuk berita terkini, aktiviti dan promosi jualan airasia.com Big Sale, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).

*Tidak termasuk cukai lapangan terbang, bayaran dan apa-apa bayaran lain yang dikenakan. Tertakluk pada terma dan syarat.