AirAsia Newsroom

View Original

airasia food lancar perkhidmatan di Kota Bharu dengan tawaran menarik

  • Pendigitalan perniagaan kecil dan tradisional diteruskan dengan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan

  • Dapatkan HIDANGAN PERCUMA dengan kod promosi [FREEMEALKB] bermula 1 hingga 7 November dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pesanan dalam lingkungan jarak 15km

Kota Bharu, 31 Oktober 2021 - Platform penghantaran makanan oleh airasia Super App yang sedang berkembang dengan pesat, airasia food hari ini melancarkan perkhidmatannya di negeri Kelantan, merevolusikan sektor perkhidmatan penghantaran makanan dan meluaskan peluang ekonomi untuk pengendali restoran di Kota Bharu.  

Sempena pelancaran ini, airasia food menawarkan promosi HIDANGAN PERCUMA harian bermula 1 November hingga 7 November 2022 dengan kod promosi FREEMEALKB. Para pelanggan juga dapat menikmati diskaun 50% untuk semua pesanan, dengan perbelanjaan minimum RM18 terhad pada diskaun RM9 dengan kod promosi MARIKB. Untuk menikmati tawaran ini, pengguna airasia Super App boleh klik pada ikon ‘Food’ di airasia Super App atau layari airasia.com/food.   

Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran (e-Dagang) airasia Super App berkata, “Pengembangan ke Kota Bharu mencerminkan komitmen jangka panjang airasia food untuk membantu perniagaan kecil dan tradisional terutamanya di bandar-bandar membangun agar peniaga dapat mengambil peluang dalam perkembangan ekonomi digital dan mengaut keuntungan. Langkah baharu ini seiring dengan misi airasia untuk membantu mereka yang memerlukan kerana kami sentiasa bersedia untuk membantu perniagaan kecil dengan menawarkan platform digital perniagaan yang lancar, pesanan dalam talian yang selamat dan penyelesaian pembayaran pada platform airasia food. Apa yang paling penting, kami menawarkan caj komisen terendah di bandar, proses yang mudah dan tanpa bayaran pendaftaran. Kami ingin menjemput lebih ramai pengendali makanan dan minuman tempatan untuk menerima permintaan perkhidmatan digital dan menjadi sebahagian daripada keluarga airasia food.

“Perniagaan kecil boleh memanfaatkan ekosistem airasia Super App yang luas serta kukuh dengan pangkalan data pengguna. Selain itu, pelbagai kempen pemasaran strategi yang telah direka dan menjadi terkenal di kalangan pelanggan dan peniaga seperti kempen hidangan percuma dan penghantaran percuma secara berterusan yang akan membantu pemilik restoran mengekalkan para pelanggan walaupun selepas tamat tempoh promosi. Kami juga menyediakan bantuan pendaftaran termasuk alatan dan inisiatif bagi memudahkan perniagaan luar talian beralih kepada dalam talian. Bagi para peniaga yang telah berada dalam talian, kami akan membantu meningkatkan jenama mereka dan memberi akses penuh kepada perniagaan mereka. Operasi kos rendah adalah DNA kami dan semua penjimatan yang dimanfaatkan oleh peniaga akan diberikan kepada para pelanggan seterusnya menawarkan harga yang lebih rendah agar mereka dapat menikmati makanan kegemaran mereka dari restoran terkenal di Kota Bharu,” tambah Lim.       

Pelancaran airasia food di Kota Bharu juga bermaksud lebih banyak peluang pekerjaan untuk penghantar makanan. Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan airasia delivery boleh mendaftar melalui halaman ini. 

Para pelanggan juga boleh mengumpul 10 kali ganda BIG Poin apabila mereka membuat pesanan melalui airasia food pada setiap hari Khamis. Bermula sekarang hingga 31 Disember 2021, para pelanggan yang mempunyai BIG Poin dapat menikmati lebih penjimatan dengan menebus 50 BIG Poin untuk setiap RM1. 

Selain dari Kota Bharu, airasia food juga kini tersedia untuk para pelanggan di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Ipoh di Malaysia. Selain itu, ia juga tersedia di Singapura dan Bangkok, Thailand. 

Ikuti perkembangan terkini airasia food dan peneraju platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asean melalui @airasiasuperapp di Instagram.