AirAsia Newsroom

View Original

Nikmati perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk semua pemegang Pas Tanpa Had AirAsia

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2021 - Pengguna airasia super app kini boleh menikmati lebih nilai kerana airasia menawarkan semua pemegang Pas Tanpa Had perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had* untuk pembelian di airasia shop, airasia fresh dan airasia food.

Keistimewaan ini sah sehingga tamat tempoh pas mereka yang dilanjutkan kepada 30 Jun 2021.

Semua pemegang Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia (RM399) dan Pas Tanpa Had Antarabangsa (RM499) boleh memesan makanan kegemaran mereka, menempah barangan runcit dan membeli produk kecantikan dengan nilai terbaik di airasia super app.

Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had kini tersedia di Lembah Klang sahaja dan akan tersedia di bandar-bandar lain tidak lama lagi.

Amanda Woo, Ketua Komersial airasia super app berkata, “AirAsia adalah perintis dalam menawarkan penerbangan tanpa had kepada anda. Kini, kami ingin menambah nilai kepada semua pemegang Pas Tanpa Had AirAsia dengan menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had, kerana mereka tidak dapat menggunakannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan. Lebih banyak tawaran menarik menerusi airasia super app selain penerbangan, dan pemegang pas kini boleh menikmati lebih nilai dengan Pas Tanpa Had AirAsia mereka. Kami telah melanjutkan tempoh sah laku pas tersebut sehingga 30 Jun 2021 dan berharap rakyat Malaysia kekal selamat di rumah sementara menunggu sekatan perjalanan dibuka.

Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had ini tidak memerlukan pengaktifan khas, dan setiap pemegang pas hanya perlu log masuk dengan butiran keahlian airasia yang sama digunakan untuk membeli Pas Tanpa Had AirAsia untuk mula menikmatinya. Dengan perbelanjaan minimum RM50, caj penghantaran akan ditolak secara automatik semasa membuat pembayaran.”

Jarak penghantaran percuma merangkumi seluruh Lembah Klang untuk airasia shop dan airasia fresh, manakala untuk airasia food, jarak penghantaran percuma adalah sehingga 10km. Untuk terma dan syarat lengkap sila rujuk di sini.

Muat turun airasia super app di App Store atau Google Play Store, atau log masuk ke airasia.com untuk mula menikmati perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had anda hari ini.