Nikmati tawaran dan diskaun hebat di jualan airasia Super Sale yang pertama pada tahun ini
KUALA LUMPUR, 5 April 2021 - Nikmati lebih tawaran dan diskaun hebat daripada jualan airasia Super Sale yang pertama pada tahun ini. Semestinya ada sesuatu untuk anda semua di airasia super app.
Sepanjang tempoh jualan Super Sale dari 5 April hingga 11 April 2021, para pelanggan dapat menikmati diskaun hingga 70% untuk pelbagai produk seperti produk segar, barangan runcit, perkhidmatan penghantaran makanan dan produk gaya hidup, perkhidmatan mesra Muslim dan juga pakej kesihatan dan kesejahteraan di airasia super app atau airasia.com.
Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia super app berkata: “Ini adalah jualan Super Sale yang pertama kami pada tahun ini yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan menarik terutamanya untuk pengguna aplikasi kami. Sepanjang suku pertama tahun ini, kami telah memperluaskan tawaran di airasia super app secara agresif dengan pelancaran airasia shop di Filipina dan airasia food di Singapura, diikuti oleh bandar-bandar Asean yang lain dalam masa terdekat. Kami akan terus bekerjasama dengan pelbagai jenama dan perniagaan untuk menawarkan lebih banyak produk dengan lebih nilai kepada para pelanggan. Daripada pesanan makanan kegemaran anda seperti nasi biryani hingga produk kecantikan, kami berharap anda dapat menikmati pengalaman beli-belah yang menyeronokkan di airasia super app semasa jualan Super Sale ini.”
Rebutlah peluang untuk pelbagai tawaran di airasia Super Sale seperti diskaun hingga 50% daripada peniaga terpilih untuk airasia food, diskaun 20% untuk Santan Cafe melalui airasia food, diskaun hingga 60% untuk barangan terpilih di airasia fresh, potongan hingga 70% di airasia shop dengan caj penghantaran serendah RM0.99 dengan kod promosi ‘99DEL’.
Selain itu, nikmati diskaun hingga 60% untuk tempahan hotel dan dapatkan 5 kali ganda BIG Poin untuk tempahan anda. Nikmati juga pakej rawatan gigi selama satu tahun daripada serendah RM999 di airasia health.
IKHLAS, perniagaan mesra Muslim di bawah airasia Digital juga menawarkan diskaun 10% untuk semua produk dan pelanggan juga dapat mengumpul 1 BIG Poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.
Anggota BIG juga mempunyai pilihan untuk membayar menggunakan Mata BIG; sementara pengguna BigPay dapat melakukan pembayaran segera 'Satu Klik' dengan mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.
Nantikan lebih banyak kejutan dan jualan harian sempena jualan Super Sale ini. Untuk mengetahui tawaran-tawaran lain, ikuti @airasiadelivers dan @airasiatravels di Instagram dan Facebook untuk kemas kini jualan airasia Super Sale. Muat turun airasia super app melalui Apple App Store atau Google Play Store.
*BIG Poin tidak boleh ditebus untuk pembelian Tune Protect Insurance, produk Kesihatan dan penerbangan bukan AirAsia.
Semua diskaun tertakluk pada terma dan syarat.