AirAsia Newsroom

View Original

airasia food bakal menggegarkan Ipoh, Johor Bahru dan Melaka!

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2021 - Platform penghantaran makanan dengan caj komisen terendah, airasia food kini mengalu-alukan pengendali makanan dan minuman di Ipoh, Johor Bahru dan Melaka untuk menyertainya tanpa sebarang yuran penyertaan. Lokasi baharu ini adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan anak syarikat airasia ini.

airasia food disokong oleh ekosistem airasia Super App yang kukuh dan cabang logistiknya, Teleport  yang menawarkan penyelesaian mudah untuk para peniaga dengan caj komisen terendah di dalam industri ini dengan hanya 15%. Mula dilancarkan di Lembah Klang, perkhidmatan airasia food kini telah berkembang ke Singapura, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Seremban pada baru-baru ini.

Pengendali makanan dan minuman serta pemilik restoran yang berminat untuk menjadi rakan niaga boleh mengisi borang ini atau imbas kod QR. Mereka akan dihubungi oleh pasukan airasia food untuk maklumat lanjut. 

Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia Super App berkata: “Kami terus bekerja keras untuk menjadi platform perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk para peniaga dan pelanggan. Terdapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada peniaga kecil tempatan di Ipoh, Johor Bahru dan Melaka untuk disenaraikan di platform airasia food. Kini, kami telah membawa platform ke bandar-bandar tersebut dan dengan besar hati menjemput para peniaga untuk mendaftar dengan kami. Tujuan kami adalah untuk menyediakan akses penghantaran makanan kepada semua dan kami telah menerima maklum balas positif daripada ramai peniaga tempatan yang berkongsi bagaimana airasia food telah membantu mereka pada masa sukar ini, terutamanya apabila syarikat lain mengenakan caj komisen yang tinggi dan caj tersembunyi lain setinggi 30 hingga 35 peratus.” 

Selain caj komisen terendah, para peniaga mempunyai akses mudah untuk melihat semua urus niaga yang telah dibuat dan dapat berkomunikasi terus dengan pelanggan. Mereka juga dapat menyelaraskan menu mereka sepenuhnya, termasuk menetapkan harga. Mereka juga akan menerima bantuan dari pengurus akaun yang akan membantu membawa perniagaan makanan dan minuman mereka ke dalam talian, selain menyediakan bantuan sistem untuk analisis dan pemantauan data. Peniaga juga boleh memanfaatkan usaha pemasaran yang luas dan kempen berterusan untuk meningkatkan publisiti dan jualan termasuk kempen Hidangan Percuma kami yang dikenali ramai. 

Individu yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui laman ini

Ikuti perkembangan terkini airasia food dan peneraju platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asean melalui @airasiasuperapp di Instagram.