Nikmati perjalanan percuma sempena Hari Kebangsaan dengan airasia ride
Nikmati perjalanan yang selamat dengan 100% pemandu telah divaksin sepenuhnya
Dapatkan diskaun RM10 bagi setiap perjalanan dengan kod promosi FREERIDE untuk 500 pengguna pertama setiap hari
KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2021 - Sempena sambutan Hari Kebangsaan, para penumpang di Lembah Klang boleh mencuba perkhidmatan e-panggilan terbaru iaitu airasia ride oleh airasia Super App dengan promosi PERJALANAN PERCUMA yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 30 Ogos hingga 1 September 2021.
Tempah melalui airasia Super App pada ikon ‘Ride’ dan nikmatilah perjalanan dengan yakin kerana 100% pemandu telah divaksin sepenuhnya dan kerap disaring. Guna kod promosi FREERIDE untuk diskaun RM10 bagi setiap perjalanan sepanjang tempoh promosi dan terhad kepada 500 pengguna pertama setiap hari.
Pelancaran airasia ride pada minggu lepas (24 Ogos) telah menyumbang kepada peningkatan trafik sebanyak 40% di airasia Super App dan pengembangan perniagaan e-panggilan ini juga akan diperkenalkan di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Melaka pada masa hadapan.
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia berkata, “Sambutan terhadap airasia ride amat positif di mana kami melihat ramai orang berkongsi maklum balas mengenai tambang kami yang lebih kompetitif dan berpatutan. Pemandu juga dapat menjana lebih banyak pendapatan kerana caj yang dikenakan di platform airasia ride lebih rendah daripada caj pasaran. Pasukan kami akan terus bekerja keras untuk menambah baik aplikasi dan pengalaman perjalanan. Selain itu, kami yakin bahawa lebih ramai pengguna akan memilih kami sebagai alternatif yang lebih baik, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi FREERIDE dari 30 Ogos hingga 1 September ini!
“airasia ride mengamalkan konsep ‘mengutamakan pemandu’ yang membolehkan mereka menerima pendapatan keseluruhan lebih tinggi dan kehidupan lebih baik kerana mereka diberi kebebasan untuk menerima tempahan yang selesa bagi mereka. Pemandu yang berminat untuk menyertai platform airasia ride boleh mendaftar dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk mendaftar hari ini,” tambah Lim.
Tambang airasia ride lebih mudah untuk diramal dan telus kepada pemandu dan penumpang. Untuk kemudahan penumpang, mereka boleh membuat tempahan mengikut permintaan (on-demand) atau pra-tempahan lebih awal. Ciri khas istimewa yang tersedia juga termasuk pilihan ‘Allstar Ride’ yang dipandu oleh juruterbang atau kru kabin AirAsia.
Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride yang akan tersedia tidak lama lagi, ikuti @airasiasuperapp di Instagram.