Kerjasama antara Redbeat Academy dan Unversiti Antarabangsa UNITAR pacu industri teknologi pendidikan
Pengecualian kursus juga ditawarkan bagi para pelajar yang mengikuti program penuh di UNITAR
KUALA LUMPUR, 21 September 2021 - Redbeat Academy, cabang teknologi pendidikan airasia Digital kini menawarkan akses lebih luas untuk kursus latihan pendidikan tinggi di redbeatacademy.com dengan kerjasama Universiti Antarabangsa UNITAR.
Kerjasama antara Platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) serta Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) Redbeat Academy dan Program Akademik UNITAR akan memacu industri latihan melalui pelaksanaan platform pembelajaran dalam talian yang telah dipertingkatkan untuk menyediakan pelbagai kursus dan sijil kemahiran yang relevan dalam era digital ini.
Melalui kerjasama ini, pelbagai program dan inisiatif bersama akan dilaksanakan termasuk perkongsian maklumat mengenai pengembangan kursus, perkongsian kemudahan fasiliti dan kepakaran relevan yang diperlukan oleh kedua-dua pihak dan komuniti. Selain itu, pelbagai projek lain akan dikenal pasti pada masa akan datang untuk terus menyokong dan menerajui keperluan teknologi pendidikan di rantau ini.
Untuk program pengesahan pembelajaran (micro-credential), beberapa kursus terpilih yang disediakan oleh UNITAR akan tersedia di Platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) Redbeat Academy. Para pelajar yang telah lulus dalam kursus-kursus tersebut dan kemudian mendaftar dalam program penuh Diploma, Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana di UNITAR akan diberikan pengecualian untuk kursus yang telah diambil seterusnya mempercepatkan pembelajaran mereka di universiti.
Kursus pendidikan tinggi baharu yang ditawarkan oleh UNITAR kini tersedia untuk pendaftaran di redbeatacademy.com termasuklah kursus Pemikiran Kreatif, Komunikasi, Psikologi, Seni dan Reka Bentuk Media, Kewangan, Hospitaliti, Kulinari dan banyak lagi.
Sempena kerjasama ini dan bulan Hari Malaysia, Redbeat Academy dan UNITAR akan menawarkan diskaun sebanyak 25% untuk semua kursus Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) UNITAR bermula hari ini hingga 31 Oktober 2021.
Dr. Ram Gopal, Pengarah Strategi dan Inovasi Redbeat Academy berkata, “Kerjasama dengan Universiti Antarabangsa UNITAR ini menanda satu lagi kejayaan untuk Redbeat Academy dalam usaha kami untuk terus memperkembangkan dan menyediakan pendidikan profesional berkualiti tinggi untuk semua melalui pengesahan pembelajaran (micro-credential), kursus pembelajaran bersama dan program kursus latihan pendidikan. Redbeat Academy kini menawarkan lebih daripada 100 jenis kursus dan kursus pendidikan baharu ini akan memberikan lebih banyak pilihan untuk semua yang ingin mempelajari atau menambah baik diri mereka dengan kemahiran baharu. Kami pasti ada kursus yang sesuai untuk setiap individu dengan pelbagai sesi yang telah direka khas untuk memenuhi keperluan anda. Melalui kerjasama rapat dengan UNITAR, kami berharap untuk menyediakan akses yang lebih luas dan kursus pendidikan dalam talian yang menarik untuk semua orang mempelajari kemahiran baharu dan bersedia untuk alam pekerjaan.”
Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR berkata, “Kerjasama strategik antara UNITAR dan Redbeat Academy membuka peluang menarik untuk sektor teknologi pendidikan. Pandemik ini membawa pembaharuan dalam strategi dan operasi, termasuk dalam sektor pendidikan untuk ke arah digital mengikut kesesuaian masa kini. Selain mewujudkan peluang dan bidang baharu dalam tenaga kerja digital untuk para pelajar kami, kami juga berharap dapat bekerjasama dalam pelbagai inisiatif khususnya dalam bidang perniagaan, penjenamaan bersama, pengembangan program latihan, perkongsian kemudahan fasiliti, dan kepakaran untuk semua aktiviti yang dijalankan.”
Universiti Antarabangsa UNITAR telah ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara dan merupakan antara universiti swasta terawal di negara ini. UNITAR merupakan institusi pertama di Asia yang menerima pengiktirafan QS5-Bintang bagi kategori Pembelajaran Dalam Talian.
Sejak penubuhannya, Redbeat Academy telah bekerjasama dengan Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) untuk membangunkan semula bakat-bakat dalam projek Kejuruteraan Perisian dan Teknologi Tinggi (seperti blockchain dan data).
Selain tu, Redbeat Academy juga telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Asia School of Business yang bekerjasama dengan MIT Sloan Management, Imperial College London, Asia Pacific University untuk memberikan pengesahan pembelajaran (micro-credential) bagi kursus-kursus di Redbeat Academy dan memperakuinya sebagai sebahagian daripada Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL).
Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau ikuti Redbeat Academy di Facebook, Redbeat Academy di Instagram dan Redbeat Academy di YouTube.
Mengenai Redbeat Academy
Redbeat Academy adalah pusat teknologi sehenti, kepimpinan dan inovasi bertujuan untuk memacu ekonomi digital di rantau ASEAN. Bersama-sama Google Cloud, Redbeat Academy merupakan penganggu industri dalam pendidikan konvensional dengan merapatkan jurang antara pendidikan pengajian tinggi dan kemajuan industri di rantau ASEAN.
Redbeat Academy memenuhi keperluan kemahiran terkini dengan menambah baik tenaga kerja sedia ada dengan industri yang relevan pada hari ini, menjadikan para pelajar kami berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan pada masa yang sama melengkapkan mereka dengan set kemahiran yang diperlukan pada era ini.
Mengenai Universiti Antarabangsa UNITAR
Universiti Antarabangsa UNITAR ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara dan antara universiti swasta terawal di negara ini. Ia merupakan institusi pertama di Asia yang diberi penarafan QS5-Bintang bagi kategori Pembelajaran Dalam Talian. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNITAR melalui ekosistem pembelajaran holistik dan inovatif menyediakan tawaran program yang komprehensif untuk semua peringkat sosioekonomi di samping melahirkan warganegara yang bekerjaya dan berkeusahawanan global.
Ia bukan sekadar bertujuan untuk menyediakan laluan pembelajaran untuk para pelajar memperoleh set kemahiranyang relevan, tetapi melalui prinsip C.A.R.E – kaedah pembelajaran Kolaboratif, Adaptif, Reflektif danKeusahawanan, UNITAR memupuk para pelajarnya mengenai kesedaran kendiri terhadap bakat dan kebolehan mereka, serta menyemai dalam diri mereka keperluan terhadap tanggungjawabsosial di samping membentuk mereka untuk menjadi warganegara yang lebih baik.
Program-program UNITAR ditawarkan di 13 lokasi, termasuk kampus induknya di Kelana Jaya. Ia mempunyai jumlah pendaftaran lebih daripada 5,000 pelajar melalui 40 program homegrown yang terdiri daripada peringkat Asasi (Foundation), Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke program Sarjana dan Doktor Falsafah (Doctorate). Untuk memenuhi keperluan industri semasa, UNITAR juga menyediakan lebih daripada 50 program pensijilan profesional. Dengan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL), golongan profesional yang bekerja boleh menyambung pengajian dengan pilihanuntuk mengurangkan tempoh masa program.
UNITAR berasa bangga kerana mempunyai barisan akademik yang komited di pelbagai fakulti dan sekolah. Bahagian akademik ini terdiri daripada Fakulti Perniagaan & Teknologi, Fakulti Pendidikan & Kemanusiaan, Sekolah Seni Kulinari dan Sekolah Seni Media & Reka Bentuk. Sejak penubuhannya, UNITAR telah memulakan kaedah pembelajaran inovatif di mana teknologi telah diaplikasikan secara signifikan, namun ia tidak bertujuanuntuk menggantikan hubungan sesama manusia. Ianya diterapkan untuk menawarkan pendidikan berkualiti yang kompetitif dalam pengajaran konvensional dan pembelajaran secara maya sehingga ke hari ini, memenuhikeperluan pendidikan abad ke-21.