AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia lancar empat laluan domestik baharu sempena musim perayaan

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2022 - AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini mengumumkan pelancaran empat laluan baharu yang menghubungkan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak pada bulan ini. 

Empat laluan baharu tersebut adalah:

Sempena pelancaran laluan baharu ini, para tetamu boleh mendapatkan tawaran penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan menekan ikon 'SNAP' di airasia Super App bermula daripada RM239 dari sekarang hingga 16 Januari 2022 untuk tempoh perjalanan dari 25 Januari hingga 30 Jun 2022. Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menekan ikon ‘Hotels’ untuk menikmati diskaun tambahan 10% dengan kod promosi AAHOTEL10.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi, AirAsia berbesar hati dan bersedia sepenuhnya untuk menawarkan tetamu kami lebih banyak laluan ke bandar-bandar utama di Malaysia. Laluan baharu ini akan mengukuhkan lagi rangkaian pelancongan kami di Malaysia selain menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelancong antarabangsa untuk melancong antara negeri.

“Kami berharap dapat meneruskan usaha untuk meneroka lebih banyak laluan baharu dari lapangan terbang di Malaysia ke destinasi lain di rangkaian Asean kami. Dari segi operasi, kami telah bersedia dengan protokol kesihatan dan keselamatan ketat yang dikuatkuasakan dalam semua penerbangan kami dengan kru kabin terlatih yang terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia dalam masa pandemik ini.”  

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 20 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital.

Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah keselamatan dan SOP perjalanan AirAsia, sila baca nasihat perjalanan terkini di sini

Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.