AirAsia Newsroom

View Original

‘airasia hotels’ sasar jadi platform tempahan hotel pilihan serantau

  • Jalin kerjasama terus dengan hotel buka laluan untuk airasia hotel dalam menyediakan lebih nilai kepada penyedia perkhidmatan dan pengguna

  • Majlis tandatangan simbolik dihadiri lebih 50 kumpulan perhotelan terkemuka di seluruh Asean

  • Bakal perkenal skim jaminan harga terbaik tidak lama lagi

KUALA LUMPUR, 25 OKT 2022 - Sebuah majlis tandatangan besar-besaran telah diadakan hari ini dengan dihadiri oleh 50 kumpulan perhotelan terkemuka dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina mengukuhkan lagi kedudukan airasia Super App sebagai sebuah platform aplikasi super kembara dan gaya hidup paling pesat berkembang di rantau ini. 

Kerjasama ini bakal memberikan inventori hotel yang besar kepada “airasia hotels”, seterusnya menyediakan para pengguna aplikasi super ini lebih kemudahan dan nilai dengan pelbagai pilihan hotel mengikut bajet mereka melalui airasia Super App.

Acara simbolik yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL hari ini mengulangi nilai yang dibawakan terus oleh platform tempahan hotel airasia Super App kepada rakan kongsi perhotelannya, di mana mereka dapat memanfaatkan keberadaan jenama kukuh AirAsia serta rangkaiannya, di samping pangkalan data pengguna harian yang sentiasa mencari tawaran perjalanan sebanyak 1.25 juta pengguna. 

airasia Super App mempunyai pasukannya yang khusus di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk menyokong setiap rakan kongsi perhotelannya dengan strategi yang betul dan trend perjalanan semasa.

Sebagai sebuah platform tempahan hotel, airasia Super App menawarkan lebih 700,000 pilihan hotel di seluruh dunia kepada pengguna, keupayaan untuk memperoleh serta menebus airasia poin, dan menggandingkan tempahan penerbangan dan hotel mereka dalam satu transaksi melalui SNAP. Platform tempahan hotel airasia Super App juga akan menjamin harga hotel terbaik pada platformnya melalui skim ‘Jaminan Harga Terbaik’ yang akan dilancarkan tidak lama lagi, selain daripada kadar istimewa untuk ahli airasia.

Mengulas lanjut mengenai acara penting hari ini, Tan Sri Tony Fernades, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Apabila industri pelancongan kembali beroperasi sepenuhnya, kami telah menerbangkan 100 juta tetamu melalui rangkaian ketersambungan AirAsia, menunjukkan bahawa rangkaian pelanggan kami adalah kukuh. Rangkaian pelanggan yang berharga ini adalah sesuatu yang tidak dapat ditawarkan oleh ejen pelancongan atas talian (OTA) yang lain selain airasia Super App kerana kami adalah satu-satunya aplikasi super kembara yang juga memiliki sebuah syarikat penerbangan. Dengan pemulihan industri pelancongan dan kebolehan airasia Super App sebagai sebuah ejen pelancongan dalam talian (OTA), memperkukuh platform tempahan hotel kami adalah penting untuk memperoleh dan memenuhi permintaan pasaran.

Kami ingin menekankan semula kepada rakan kongsi perhotelan kami, dengan keberadaan mereka pada platform tempahan hotel airasia Super App, anda akan dapat memanfaatkan pangkalan maklumat pengembara sedia ada kami yang kukuh dan mantap, dan bersama-sama kita dapat menawarkan pengalaman perjalanan yang dipertingkatkan dalam satu aplikasi lancar kepada para pelanggan.

“Semua ini adalah berkaitan dengan mempunyai ekosistem perjalanan lengkap yang bakal mencipta nilai yang lebih baik untuk pelanggan kami. Menjadi sebuah OTA yang memiliki syarikat penerbangan membolehkan kami menawarkan produk seperti SNAP iaitu kombinasi tempahan penerbangan dan hotel kami, mewujudkan pengambilan yang lebih baik untuk rakan kongsi hotel kami sambil memberikan pengalaman tempahan yang lebih baik kepada pelancong,” tambah Tony Fernandes.

Hotel atau pihak lain yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA airasia Super App boleh menghubungi aacompartners@airasia.com. Setakat ini, platform tempahan hotel airasia Super App mempunyai lebih 700,000 hotel tersenarai, dengan sekurang-kurangnya 3,000 rakan kongsi hotel langsung memfokuskan kepada rantau Asean.

SUPER Travel Fest kini kembali!

Untuk memperingati peristiwa penting ini, airasia Super App membawa kembali SUPER Travel Fest dengan tawaran perjalanan yang lebih banyak dan lebih baik untuk semua mulai 26 hingga 28 Oktober 2022.

Nikmati tawaran super hebat sehingga 50% diskaun daripada pelbagai hotel bertaraf tinggi di mana-mana destinasi popular di seluruh dunia dan banyak lagi sepanjang tempoh promosi SUPER Travel Fest. Jangan lupa gunakan kod baucar SUPERTRAVEL di halaman pembayaran.

Tawaran SUPER Hour

Tetapkan penggera anda dari 12 malam hingga 1 tengah hari pada tarikh di bawah dan nikmati SUPER Hour Deals! Pengguna airasia Super App berpeluang mendapat satu malam PERCUMA apabila mereka menempah bilik untuk sekurang-kurangnya dua malam di hotel bertaraf tinggi di Langkawi, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Chiang Mai, Boracay dan Bali:

Promosi penginapan hotel adalah mulai sekarang sehingga Mac 2023. Tawaran ini adalah terhad. Tawaran masa terhad ini dan banyak lagi boleh didapati dengan menekan pada ikon 'Hotel' pada airasia Super App.

Diskaun sehingga 20% untuk syarikat penerbangan lain

Pengguna airasia Super App juga boleh menikmati pengalaman tempahan yang lancar dengan lebih 700 syarikat penerbangan yang berbeza di seluruh dunia, seperti ANA, Air Mauritius, Bangkok Airways, Lanmei Airlines, Turkish Airlines dan banyak lagi. Nikmati diskaun sehingga 20% untuk syarikat penerbangan lain ke destinasi percutian anda sepanjang tempoh promosi ini.

Untuk mencari penerbangan oleh mana-mana syarikat penerbangan melalui airasia Super App, hanya klik pada ikon ‘Penerbangan’, dan terokai destinasi yang anda inginkan.

Selain itu, pengguna Airasia Super App kini boleh menyesuaikan keseluruhan jadual percutian mereka dengan airasia holidays, menempah mod pengangkutan alternatif seperti bas, feri dan banyak lagi ke destinasi mereka melalui airasia transport, dan juga membeli-belah untuk barangan bebas cukai di airasia travelmall.

Para ahli boleh memperoleh airasia poin untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App, dari penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran makanan. Gunakan ia seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup bersama rakan kongsi eksklusif kami.

Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini.

Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.