airasia ride kini tersedia di seluruh Malaysia dengan pelancaran di Sarawak
KUCHING, 27 OKTOBER 2022 - airasia ride, platform e-panggilan yang pesat berkembang dan juga sangat berpatutan dengan rasminya telah dilancarkan di Kuching, Sarawak hari ini. Pelancaran ini menjadikan negeri terakhir dan airasia ride kini tersedia di seluruh Malaysia. Ini sememangnya satu majlis yang istimewa kerana ia diadakan sejurus selepas memperingati ulang tahun pertamanya pada bulan Ogos yang lepas.
Pelancaran airasia ride di Kuching hari ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin yang secara rasminya melepaskan konvoi airasia ride di Kompleks Mahkamah Lama di tengah-tengah Bandaraya. Turut hadir pada pelancaran hari ini ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, Lim Chiew Shan.
Sebagai tanda sokongan terhadap persada seni dan budaya tempatan, airasia ride telah bekerjasama dengan festival What About Kuching, acara pacuan komuniti selama sebulan di bulan Oktober ini yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
Dengan tambang istimewanya yang tiada tandingan untuk para pelanggan, pengguna baharu di Kuching boleh menikmati perjalanan secara percuma dengan mengguna kod promosi FREERIDE dari sekarang sehingga 29 Oktober apabila anda menempah airasia ride. Klik pada ikon ‘Ride’ di airasia Super App untuk mengetahui lebih lanjut.
Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, berkata, "Kami ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan airasia Super App atas pelancaran airasia ride di Sarawak hari ini, dan pengembangan mereka yang menakjubkan ke seluruh Malaysia. AirAsia sentiasa menjadi pemain penting yang menyokong sektor pelancongan Sarawak sejak penubuhannya pada tahun 2001 dan terutamanya pasca pandemik, dan kami gembira untuk bekerjasama dengan pihak digital AirAsia – airasia Super App, untuk menyediakan pelancong dan penduduk tempatan dengan perkhidmatan yang lebih baik di jalan raya serta menyediakan belia Sarawak dengan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor e-panggilan.”
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, menambah, “Kami gembira kerana perkhidmatan e-panggilan kami, kini tersedia di setiap negeri di Malaysia dengan pelancaran di Sarawak hari ini. Kami berterima kasih atas sokongan kerajaan negeri Sarawak dan kami berharap untuk bukan sahaja menyediakan sambungan yang lebih baik di jalan raya untuk pelanggan kami, tetapi manfaat yang lebih baik untuk pemandu e-panggilan dengan program Pemandu Sepenuh Masa kami juga. Rakyat Sarawak, cuba kami hari ini dan kami berharap dapat berada di lebih banyak lokasi di seluruh Sarawak tidak lama lagi.”
Pemandu Sepenuh Masa akan memperoleh pendapatan asas bulanan sebanyak RM2,500 sehingga RM3,500 termasuk faedah bahan api, dan peluang untuk memperoleh jumlah pendapatan sehingga RM8,000 dengan skim insentif pemandu tambahan, di samping suite penuh faedah pekerja Allstar termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan yang melindungi pasangan dan anak mereka, cuti tahunan, dan faedah perjalanan lain seperti kadar diskaun kakitangan yang banyak untuk penerbangan AirAsia. Selain itu, Pemandu Sepenuh Masa juga akan diberi keutamaan tugasan kerja lapangan terbang untuk membolehkan mereka memperoleh pendapatan yang lebih daripada perkhidmatan jemput dan hantar lapangan terbang memandangkan permintaan perjalanan terus meningkat di seluruh rantau ini.
Kepada individu yang berminat untuk memandu dengan airasia ride boleh klik pada pautan di sini.
airasia ride, yang ditubuhkan pada Ogos 2021 kini mempunyai 53,000 pemandu berdaftar di platformnya dan telah menyelesaikan dua juta perjalanan setakat ini. Platform e-hailing yang paling pesat berkembang di Malaysia telah memperjuangkan tambang yang berpatutan - kepada kedua-dua penumpang dan pemandu dan sentiasa mempertimbangkan apa yang penumpang mampu bayar sambil masih memberi pampasan kepada pemandu untuk sebarang masa perjalanan tambahan yang disebabkan oleh trafik yang sesak.
airasia ride kini beroperasi di seluruh negeri di Malaysia dan kawasan terpilih di Bangkok, Thailand.
Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.