AirAsia tawar promosi terhebat sempena pembukaan sempadan Malaysia
Tempah penerbangan antarabangsa dengan AirAsia daripada serendah RM89 sehala
Terbang ke London, Madrid, Istanbul, Dubai dan Melbourne daripada hanya RM479 dengan syarikat penerbangan lain di airasia Super App
Tawaran menarik untuk SNAP dan Hotel
KUALA LUMPUR, 21 MAC 2022- Sempena meraikan pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April 2022, AirAsia menawarkan promosi hebat untuk semua tempat duduk penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia X (kod penerbangan D7), dan syarikat penerbangan lain yang tersedia di airasia Super App!
Terbang ke destinasi popular di seluruh Singapura, Vietnam, Filipina, India, Thailand, Indonesia, Maldives, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Laos, Bangladesh dan banyak lagi dengan harga serendah RM89 sehala, dan ke laluan domestik dengan hanya daripada RM39 sehala. Tempah penerbangan melalui ikon ‘Flights’ di airasia Super App dari sekarang hingga 27 Mac 2022, untuk tempoh perjalanan dari 1 April 2022 hingga 25 Mac 2023.
Selain itu, para tetamu yang menempah penerbangan antarabangsa dengan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) di airasia Super App akan mendapat diskaun RM10 untuk perjalanan seterusnya ke atau dari lapangan terbang dengan airasia ride, perkhidmatan e-panggilan airasia Super App. Kod promosi akan dihantar selepas tempahan disahkan.
Sebagai salah satu agensi pelancongan dalam talian (OTA) teratas di rantau ini, para tetamu juga boleh membuat tempahan penerbangan daripada syarikat penerbangan lain di airasia Super App. Mulai sekarang hingga 27 Mac, nikmati tawaran tiada tandingan ke Singapura, Bali, Bangkok, Phuket dan Manila dengan harga serendah RM39; dan ke Melbourne, London, Madrid, Istanbul dan Dubai daripada RM479*.
Para tetamu juga boleh menikmati bagasi kabin tambahan 7kg secara percuma (bernilai RM120) dari Kuala Lumpur ke Sydney dengan AirAsia X dalam tempoh tempahan yang sama untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 7 Jun 2022.
Dalam tempoh promosi yang sama, tetamu juga boleh menikmati tawaran SNAP (Penerbangan + hotel) dengan diskaun sehingga 50% dengan menekan ikon ‘SNAP’ di airasia Super App.
Mereka yang ingin mendapatkan tawaran penginapan sahaja juga akan menikmati diskaun 20% untuk mana-mana hotel yang ditempah di airasia Super App dari 21 Mac hingga 3 April 2022 dengan kod promosi SLAYSTAY20 semasa membuat pembayaran. Mereka hanya perlu menekan pada ikon ‘Hotel’ dan untuk menikmati tawaran penginapan hotel seterusnya!
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “AirAsia bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia dan menyediakan perkhidmatan kepada para tetamu di seluruh rantau ini. Kami yakin pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia tidak lama lagi serta banyak negara lain akan terus memacu industri pelancongan serantau. Menyediakan perkhidmatan kepada semua golongan telah menjadi sebahagian daripada DNA kami sejak 20 tahun lalu dan kami komited untuk menghubungkan semula keluarga dan rakan merentasi sempadan antarabangsa dengan menyediakan tambang terendah dengan promosi ini.
“Walaupun kami bersedia untuk memastikan para tetamu kami boleh melakukan perjalanan dengan selamat dari sudut operasi melalui ciri daftar masuk tanpa sentuhan, FACES, dan banyak lagi, AirAsia juga ingin mengingatkan semua untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan anda dalam penerbangan kami tidak lama lagi,” tambah Riad.
Ikuti perkembangan terkini dengan semua e-dagang daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai tawaran e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun Apl Super airasia anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.
*Para tetamu boleh menikmati tawaran ini dengan menggunakan kod baucar yang tersedia di halaman pembayaran. Tertakluk pada ketersediaan.