AirAsia Newsroom

View Original

airasia ride memperkembangkan perkhidmatan ke Alor Setar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu serentak dengan tawaran hebat

  • Nikmati diskaun RM3 dengan kod promosi HILOQSTAQ di Alor Setar, HIKELATE di Kota Bharu dan HITRANUNG di Kuala Terengganu untuk dua perjalanan mulai sekarang hingga 23 April!

Alor Setar, 29 Mac 2022 - Perkhidmatan e-panggilan airasia Super App, airasia ride telah berkembang ke tiga buah bandar lagi secara serentak: Alor Setar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu, bagi meneruskan misinya untuk menghubungkan lebih ramai orang di seluruh negara dengan mudah dan berpatutan, serta memberi peluang pendapatan yang lebih besar untuk pemandu tempatan.

Sempena pelancaran ini, penumpang di ketiga-tiga buah bandar ini boleh menikmati diskaun RM3 untuk dua perjalanan mulai sekarang hingga 23 April 2022 dengan kod promosi HILOQSTAQ di Alor Setar, HIKELATE di Kota Bharu dan HITRANUNG di Kuala Terengganu. Tekan ikon 'Ride' pada airasia Super App untuk menempah perjalanan kami!

Mereka yang berminat untuk menyertai keluarga Allstars airasia ride boleh memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk mendaftar.

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride berkata: “Kami amat teruja untuk mengumumkan pengembangan airasia ride ke tiga buah bandar utama di Malaysia hari ini. Kini, penumpang kami bukan sahaja dapat menikmati tawaran hebat, tetapi juga akan menikmati pengalaman perjalanan terbaik dengan tambang yang lebih rendah melalui satu platform yang mudah di airasia Super App,”

“Kami juga berbangga untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tempatan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan kepada penduduk di kawasan tersebut. Selaras dengan strategi "mengutamakan pemandu" kami, ditambah pula dengan kadar komisen yang terendah dalam pasaran, pemandu airasia ride boleh membawa pulang 85% daripada tambang yang mereka perolehi dan mempunyai lebih kebebasan untuk memilih kekerapan dan jumlah tempahan pilihan mereka. Ini membolehkan mereka memberi tumpuan kepada prestasi mereka di jalan raya sambil memastikan kualiti terbaik dan perkhidmatan paling selamat kepada setiap penumpang,” tambah Lim.

Untuk kemudahan tambahan, penumpang boleh menempah perjalanan atas permintaan, atau membuat tempahan awal untuk perjalanan mereka dengan menggunakan sambungan wifi berkelajuan tinggi dalam penerbangan AirAsia sebelum mereka mendarat.

Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride, ikuti @airasiasuperapp di Instagram.