AirAsia Newsroom

View Original

airasia grocer bawa mangga Harumanis Perlis ke pasaran antarabangsa

(Dari kiri): Sa’ri Ariffin dan Mohammad Ihsan Ibrahim di ladang Harumanis mereka di Perlis.

SEPANG, 28 April 2022 - Penantian sudah berakhir buat para penggemar mangga Harumanis asli yang terkenal di Perlis kerana ia kini kembali! Terkenal dengan rasanya yang manis, baunya yang harum, buah yang amat sinonim dengan negeri Perlis yang hanya dituai setahun sekali kini tersedia melalui airasia grocer untuk penghantaran terus ke rumah.

Dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), serta Jabatan Pertanian (DOA), airasia grocer kini sedang mengedarkan mangga kegemaran ramai ini kepada rakan kongsi utamanya di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak serta telah bakal mengedarkannya ke Singapura dan Hong Kong.

Joanna Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif airasia grocer berkata: “Pada tahun lepas, dengan kerjasama cabang logistik Teleport, kami telah berjaya menggunakan pesawat untuk menghantar buah mangga Harumanis ke Sabah. Secara rasminya, itulah kali pertama rakyat Sabah menikmati keaslian rasa buah mangga Harumanis dari Perlis. Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi diberi peluang untuk mengedarkan mangga Harumanis ke beberapa pasaran baharu pada tahun ini. Memasuki pasaran antarabangsa merupakan satu lagi kejayaan untuk kami hasil daripada kerjasama berterusan bersama-sama MAFI, FAMA dan DOA dan kami berharap semua peminat buah mangga ini di dalam dan luar negara akan dapat menikmatinya tidak lama lagi.”

Dari masa penuaian, buah-buahan dari Perlis ini akan tiba ke destinasi antarabangsa dalam masa 48 jam. Ini termasuk masa untuk pemeriksaan kualiti yang ketat, pembungkusan, masa penerbangan dan proses pelepasan kastam ke destinasi penghantaran. airasia grocer memainkan peranan yang penting dalam memastikan semua produk sedia untuk dieksport dan dipasarkan ke Asia, selaras dengan visinya untuk menghubungkan para petani terus kepada perniagaan dan pengguna di dalam dan luar negara.

Muhammad Ihsan Ibrahim, usahawan agro Harumanis veteran berkata, “Dua tahun lepas merupakan satu jangka masa yang sukar buat para peladang seperti kami dan kini kami berbesar hati untuk kembali melihat tuaian kami dieksport ke pasaran antarabangsa dengan cepat dan selamat. Ini kerana proses pengendalian buah-buahan ini harus dilakukan dengan teliti dan sangat penting demi memastikan kesegaran dan kualitinya sentiasa terjaga.”

Dapatkan buah mangga Harumanis istimewa dari Perlis ini sebelum musimnya tamat pada bulan Mei ini dan terus ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mengetahui promosi dan tawaran terkini.

*** TAMAT ***