AirAsia Newsroom

View Original

Terokai Jepun bersama All Nippon Airways melalui airasia Super App

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2022 - All Nippon Airways (ANA) menjadi syarikat penerbangan global terbaharu untuk memanfaatkan dan membenarkan penjualan penerbangan mereka pada platform Ejen Perjalanan Dalam Talian (OTA) airasia Super App, membolehkan semua pengguna aplikasi super paling pesat berkembang di Asean itu untuk menerokai Jepun.

Ruang penerbangan ANA yang luas juga menawarkan pelbagai pilihan kabin termasuklah penerbangan untuk kabin Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, Kelas Ekonomi Premium dan Ekonomi yang merupakan antara pilihan unik yang boleh dipilih para pengembara. Sebagai ahli Star Alliance, ANA mempunyai kerjasama sebagai rakan kongsi dengan lebih 35 syarikat penerbangan yang terbang ke 50 destinasi di sekitar Jepun dan 32 destinasi antarabangsa di seluruh rantau Asia, Eropah dan Amerika.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan sebuah lagi syarikat penerbangan terkenal dunia, ANA, ke platform Ejen Perjalanan Dalam Talian (OTA) airasia Super App kami, sebagai satu lagi kejayaan dalam membuktikan keupayaan dan prospek masa depan kami sebagai sebuah pasaran yang kukuh dengan khalayak sasaran yang tepat untuk semua jenis syarikat penerbangan di seluruh rantau ini. Dengan lebih banyak syarikat penerbangan membenarkan penjualan tiket penerbangan mereka di platform OTA airasia Super App, kami yakin bahawa kami akan terus melihat kenaikan trend untuk perkembangan bulan ke bulan dua angka semasa platform OTA kami untuk tempahan daripada syarikat penerbangan lain.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain di seluruh dunia untuk menggiatkan semula industri pelancongan dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa. Penambahan ANA ke dalam senarai syarikat penerbangan terkenal kami di platform OTA airasia Super App juga sangat tepat pada masanya, sejajar dengan pengumuman Jepun mengenai rancangannya untuk membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa mulai Jun baru-baru ini ,” tambah Woo.

“Melalui kolaborasi bersama airasia Super App, para pengembara dapat membuat tempahan penerbangan ANA untuk menerokai negara Matahari Terbit itu atau destinasi antarabangsa yang lain dengan mudah. ANA dan airasia Super App akan terus bekerjasama selari dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan perancangan perjalanan semudah mungkin,” kata Minoru Kusakabu, Pengurus Besar Pejabat ANA di Kuala Lumpur.

Tempah percutian anda yang seterusnya ke Jepun dan Amerika bersama ANA dengan menekan pada ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App pada bila-bila masa!

Selain ANA, platform OTA airasia Super App juga menawarkan lebih 700 syarikat penerbangan terkenal lain seperti Turkish Airlines, Emirates, Air New Zealand, KLM dan banyak lagi.

Selain penerbangan untuk syarikat penerbangan lain, platform OTA airasia Super App juga menyediakan lebih 700,000 pilihan hotel di seluruh dunia melalui kerjasamanya bersama beberapa jenama terkemuka seperti Trip.com, MG Group, WebBeds dan banyak lagi. Pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA airasia Super App boleh terus berhubung melalui aacompartners@airasia.com .

Ikuti perkembangan airasia Super App yang terkini dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

*** TAMAT ***

About airasia Super App

The airasia super app is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 16 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 75 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia super app. 

Download the airasia super app via the Apple App Store or the Google Play Store

airasia Super App media contact: 

superappcomms@airasia.com 

About All Nippon Airways (ANA)

Founded in 1952 with just two helicopters, All Nippon Airways (ANA) has grown to become the largest airline in Japan.

A member of Star Alliance since 1999, the airline's legacy of superior service has helped it earn SKYTRAX's respected 5-Star rating every year since 2013, with ANA being the only Japanese airline to win this prestigious designation for nine consecutive years. ANA also has been recognised by Air Transport World as "Airline of the Year" three times (2007, 2013 and 2018); it is one of only a select few airlines to win this prominent award multiple times.

In 2021, ANA was awarded the 5-star COVID-19 safety rating by SKYTRAX, recognising the airline's initiatives to provide a safe, clean and hygienic environment at airports and aboard aircraft, embodied in the ANA Care Promise. 

For more information, please visit https://www.ana.co.jp/group/en/

ANA Media Contact:

kulsales@ana.co.jp