AirAsia Newsroom

View Original

airasia travelmall tingkatkan pengalaman beli-belah bebas cukai dalam talian dengan ciri yang lebih baik dan pilihan yang lebih luas

  • Pengguna aplikasi yang melakukan perjalanan dalam penerbangan antarabangsa kini boleh membuat pratempah produk bebas cukai dengan penghantaran dalam penerbangan, dengan pilihan pengambilan di lapangan terbang akan datang tidak lama lagi

  • Kerjasama baharu dengan jenama bebas cukai terkemuka untuk lebih banyak tawaran dan tawaran yang lebih hebat

  • Diskaun sehingga 60% untuk produk terpilih dan dapatkan diskaun RM80 dengan kod promosi TMDUTY80

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2022 - Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa di seluruh rantau ini, sebahagian besar penerbangan antarabangsa AirAsia kini beransur ke tahap pra-pandemik dan platform beli-belah bebas cukai dalam talian syarikat, airasia travelmall di airasia Super App ingin  tawarkan lebih fleksibiliti dan kemudahan dengan ciri pra-tempah beli-belah bebas cukai di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Dengan menekan ikon 'Travelmall' sebelum penerbangan anda yang seterusnya, tetamu kini boleh menyemak imbas pelbagai pilihan penjagaan kulit, wangian, fesyen, alat-alatan dan minuman daripada pelbagai jenama serta pra-tempah barangan bebas cukai dan dihantar terus ke tempat duduk dalam penerbangan anda. Pelancong yang menuju ke Langkawi boleh mempunyai pilihan untuk menghantar barangan bebas cukai mereka ke hotel mereka atau mengambilnya di kedai yang terdapat di pulau tersebut.

Selain ciri baharu, tetamu kini boleh mendapat manfaat daripada tawaran yang lebih menarik melalui rangkaian produk yang lebih luas kerana airasia travelmall turut mengumumkan siri kerjasama dengan peruncit bebas cukai antarabangsa dan tempatan terkemuka, termasuk Heinemann Duty Free, Chocolate Box, Jet.Set.Go, FlamenCo, Delicacies of Malaysia, Sprint-Cass, J&S Duty Free dan banyak lagi.

Bersempena dengan pelancaran ciri dan kerjasama baharu yang menarik, pengguna aplikasi dan dalam talian dengan tempahan penerbangan antarabangsa boleh menikmati diskaun sehingga 60% untuk barangan bebas cukai terpilih, serta diskaun RM80 dari troli beli-belah mereka (selain harga bebas cukai) dengan kod promosi TMDUTY80 semasa pembayaran dari sekarang hingga 30 Jun 2022.

Rose Lam, Ketua airasia travelmall berkata, “Kami melihat penyambungan semula penerbangan antarabangsa yang berterusan merentasi rangkaian AirAsia kembali kepada kapasiti pra-pandemik, terdapat juga peningkatan permintaan dalam membeli-belah barangan bebas cukai dalam kalangan pelancong ke peringkat antarabangsa. Ciri baharu kami membolehkan tetamu pra-rancang pembelian barangan bebas cukai mereka dengan membeli sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mereka terbang dengan mana-mana penerbangan antarabangsa dari Malaysia. Ini membolehkan mereka menjimatkan masa tanpa tergesa-gesa untuk membeli-belah sebelum penerbangan merek dan juga ruang bagasi mereka kerana barangan bebas cukai boleh dihantar terus ke tempat duduk mereka dalam penerbangan.

“airasia travelmall juga ingin mengucapkan selamat datang kepada rakan kongsi baharu kami semasa kami memulakan transformasi digital ini bersama mereka. Pandemik ini telah membuktikan kepentingan pemasaran digital dalam industri pelancongan, kami menghargai kepercayaan mereka untuk menjadikan airasia travelmall sebagai platform pilihan mereka untuk memasarkan dan menjual produk bebas cukai mereka dalam talian. Kami juga berharap untuk menarik lebih banyak jenama di seluruh rantau sambil  merevolusikan pengalaman membeli-belah barangan bebas cukai dalam talian,” tambah Lam.

Alexander Maas, Pengurus Besar Heinemann Duty Free Malaysia berkata, “Kami sangat teruja kerana perjalanan antarabangsa telah kembali ke Malaysia selepas dua tahun yang sukar untuk semua. Kami amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan penumpang dengan kerjasama airasia ini, menjadikan pemacu kami untuk sentiasa meningkatkan perjalanan dan pengalaman membeli-belah pelanggan kami.”

“Selain pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan lancar, kami juga akan menawarkan pelanggan jenama baharu seperti La Prairie, La Mer, Tom Ford dan kategori produk baharu seperti kesihatan dan makanan istimewa Malaysia, semuanya di hujung jari pembeli. Kategori dan jenama baharu ini akan mengukuhkan rangkaian teras kami bagi jenama antarabangsa terkemuka yang merangkumi wangian, penjagaan kulit, kuih-muih, fesyen dan aksesori. Portfolio produk kami ini dipertingkatkan bertujuan untuk memenuhi setiap keperluan beli-belah penumpang, sama ada pembelian diri sendiri atau untuk rakan dan keluarga mereka,” tambah Maas.

Vendor dan pembekal yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform airasia travelmall boleh menghubungi shop@airasia.com.

Ahli boleh memperoleh airasia points untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran gaya hidup. Gunakannya sama seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, barangan runcit dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.
Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.