AirAsia Newsroom

View Original

Para pemandu e-panggilan airasia Ride di Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada kerjasama bersama Penang Adventist Hospital

PULAU PINANG, 26 Jun 2022 - Para pemandu airasia Ride, perkhidmatan e-panggilan yang sedang pesat berkembang oleh airasia Super App, akan menikmati lebih banyak faedah atas hasil kerjasama dengan Penang Adventist Hospital (PAH) untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih bernilai kepada mereka.

Melalui kerjasama tersebut, semua pemandu airasia Ride di Penang akan menikmati pemeriksaan kesihatan percuma untuk diri mereka sendiri dan juga untuk pasangan, ahli keluarga atau rakan mereka di hospital tersebut pada 26 Jun 2022. Mereka juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan berkala untuk tempoh setahun sehingga 26 Jun 2023 dengan diskaun RM50 untuk Pakej Keperluan Kesejahteraan, di samping menikmati Keistimewaan Keluarga Wholistic Approached Wellness (WAW) di hospital itu.

Selain para pemandu, pengguna baharu juga boleh mendapat diskaun RM3 daripada perjalanan mereka apabila mereka menempah airasia Ride untuk ke hospital tersebut dengan menggunakan kod promo PAHRIDE semasa membuat pembayaran melalui aplikasi super tersebut. 

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia Ride, berkata, “Kami mengambil serius tentang kesihatan dan kesejahteraan para pemandu kami. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Penang Adventist Hospital untuk menawarkan manfaat kesihatan ini kepada pemandu kami kerana kami sentiasa percaya bahawa dengan memastikan kesejahteraan pemandu kami dan memberi mereka ketenangan fikiran, mereka akan memandu dengan lebih baik dan selamat semasa di jalan raya. Di airasia, kami sentiasa mencari kerjasama yang inovatif untuk memberi ganjaran kepada pemandu  yang berdedikasi dengan memberi lebih banyak faedah kepada mereka serta memberikan nilai terbaik kepada pelanggan dan pengguna aplikasi kami.

“Kami berharap pemandu kami akan dimanfaatkan melalui inisiatif ini dan menggalakkan mereka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala agar mereka kekal ceria dan bebas tekanan di jalan raya. Kami menyeru individu yang ingin menyertai komuniti pemandu airasia Ride untuk menghubungi kami untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami,” tambah Lim.

Dengan lebih daripada 30,000 pemandu berdaftar di platform kami, airasia Ride baru-baru ini telah mencecah lebih daripada satu juta perjalanan, kurang daripada setahun dalam perniagaan. Pemandu airasia Ride kini berpeluang menikmati diskaun 90% penerbangan AirAsia Tanpa Had, pendapatan bulanan sehingga RM8,000, dan insentif tambahan sehingga RM200 seminggu. Yang berminat untuk memandu bersama airasia Ride boleh klik link di sini.

“Saya yakin bahawa kerjasama yang tepat pada masanya ini akan membawa banyak kemudahan kepada pesakit dan pengunjung kami. Usaha ini adalah selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan terbaik kepada pesakit kami sambil menambahbaik pengalaman mereka di hospital ini,” kata Encik Ronald, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Adventist Hospital.

Selain daripada mengambil 85% daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol), yang lebih tinggi daripada perkhidmatan e-panggilan lain di pasaran, pemandu airasia Ride juga boleh memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih baik dalam perjalanan pergi dan balik ke lapangan kapal terbang. Para tetamu penerbangan AirAsia kini boleh menempah pemindahan lapangan terbang mereka dengan mudah dengan menaiki airasia Ride semasa melakukan tempahan penerbangan mereka.

Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.