AirAsia Newsroom

View Original

Kemunculan sulung airasia ride di Kota Kinabalu

Keterangan gambar: Dari kiri: Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran, airasia Super App; Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride; Amanda Woo, Ketua Pegawai airasia Super App, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Norsiah Binti Patah, Pengarah LPKP Sabah; Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pelancongan Sabah; Zakariah bin Haji Md Sam, Ketua Pengarah PERHEBAT semasa pelancaran airasia ride hari ini.

KOTA KINABALU, 12 SEPTEMBER 2022 - Platform e-panggilan paling pesat berkembang dan paling bernilai untuk mata wang, airasia ride telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di Kota Kinabalu, Sabah hari ini dengan tambang yang tiada bandingan buat pelanggan serta faedah pekerjaan yang bermanfaat buat para pemandu di bandar itu.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II Sabah menyerikan majlis  pelancaran airasia ride di Kota Kinabalu pada hari ini dan secara rasminya melepaskan konvoi airasia ride bersama Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App. Turut hadir ialah Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride dan Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran (Kumpulan), airasia Super App.

Untuk meraikan sambutan pelancaran itu, airasia ride akan memberikan 10,000 tumpangan percuma kepada semua pelanggannya di seluruh Malaysia mulai sekarang sehingga 18 September 2022 dengan menggunakan kod promosi FREERIDE. Pengguna baharu juga boleh menggunakan kod promosi ILOVEMY bagi menikmati penjimatan sebanyak RM5 untuk tumpangan kali pertama. Para pengguna boleh menekan pada ikon ‘Ride’ pada aplikasi airasia Super App untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II Sabah berkata, “Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak airasia Super App atas pelancaran airasia ride di Sabah. Kami berbesar hati kerana warga Kota Kinabalu akan menjadi yang pertama untuk menikmati perkhidmatan airasia ride di Malaysia Timur. Ini adalah perkembangan yang amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja mewujudkan persekitaran perniagaan yang berkembang pesat di ibu negeri ini, malah ia mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di dalam sektor e-panggilan untuk warga belia di Sabah. AirAsia telah menjadi pemain penting dalam menyokong sektor pelancongan di Sabah terutamanya selepas sempadan negara dibuka dengan pelancaran semula beberapa laluan utama pelancongan antarabangsa serta domestik, dan kami berharap untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan yang lebih baik di jalan raya untuk para pelancong yang datang ke negeri ini dengan pelancaran airasia ride.”

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App menambah, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan airasia ride di Sabah pada hari ini. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan untuk kami dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan ini ke seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Sabah di atas sokongan mereka sepanjang proses pengembangan kami di negeri ini. Pelancaran ini bukan sahaja dapat memanfaatkan para pelanggan melalui promosi hebat yang disediakan, tetapi kami juga ingin menggalakkan para pemandu e-panggilan untuk melihat program inisiatif unik di airasia ride. Melalui inisiatif ini, para pemandu akan disediakan dengan kenderaan dan latihan yang diperlukan untuk memperoleh lesen PSV, pendapatan bulanan dari RM2,000 ke RM4,000 beserta insentif tambahan sehingga RM4,000 sebulan, insurans e-panggilan, EPF, SOCSO dan faedah perubatan. Pemandu airasia ride yang telah mendapat pangkat ‘Captain’ untuk tiga bulan berturut-turut juga boleh menikmati ganjaran Penerbangan AirAsia pada diskaun 90%.”

Kepada yang berminat untuk menjadi pemandu airasia ride boleh melayari pautan ini.

Selain memperoleh 85% daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol), jumlah yang lebih tinggi berbanding penyedia e-panggilan lain di pasaran, pemandu airasia ride juga boleh memanfaatkan salah satu jenama syarikat penerbangan paling kukuh di Asia dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik  kepada pelanggan dalam perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang. Para tetamu dalam penerbangan AirAsia kini boleh menempah perkhidmatan angkut lapangan terbang mereka dengan mudah melalui airasia ride semasa melakukan tempahan penerbangan mereka.

Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada  Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.