airasia ride dan Resorts World Genting berganding bahu untuk menyediakan perjalanan yang lancar dan berpatutan untuk pelancong
Promo code RWG888: RM5 off rides from other locations in Klang Valley to Resorts World Genting & vice versa
Kod Promosi [RWG888]: Diskaun RM5 untuk perjalanan lokasi selain Lembah Klang Ke Resorts World Genting atau sebaliknya
KUALA LUMPUR, 24 November 2023 - airasia ride, platform e-hailing airasia MOVE (dulunya airasia Superapp) telah bekerjasama dengan Resorts World Genting untuk menyediakan penggembara perjalanan yang lebih berpatutan ke resort.
Dalam perjanjian promosi yang ditandatangan hari ini oleh Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride dan Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran dan MICE, Genting Malaysia Berhad, airasia ride akan menyediakan tambang istimewa untuk pelancong yang melawat Resorts World Genting dari KLIA T1 atau T2 daripada hanya RM130 untuk kereta biasa atau RM220 untuk enam tempat duduk. Pengembara boleh menikmati diskaun tambahan RM5 dengan menggunakan kod promosi RWGKLIA88 ke dan dari KLIA T1 & T2.
Untuk kepada yang akan menuju ke Resorts World Genting dari Lembah Klang atau sebaliknya, harga bermula dari hanya RM65 untuk satu perjalanan dan pelancong boleh gunakan kod promosi RWG888 untuk diskaun RM5 yang lain untuk perjalanan ke dan dari Resorts World Genting.
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, berkata “Resorts World Genting telah lama menjadi salah satu tarikan pelancong utama di Malaysia, dan telah berjaya memperkenalkan hospitaliti Malaysia yang terkenal di dunia kepada berjuta-juta pelancong di seluruh dunia sejak beberapa dekad. Kami berbesar hati kerana dapat memudahkan perjalanan yang lebih lancar untuk pelanggan mereka pergi ke resort dengan menyediakan tambang terendah dari lapangan terbang dan dari mana-mana sahaja di Lembah Klang. Nikmati perjalanan anda ke Resorts World Genting melalui kemudahan airasia MOVE (dahulu airasia Superapp). Jangan lupa gunakan kod promosi untuk menikmati lebih penjimatan!
Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran dan MICE, Genting Malaysia Berhad berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan airasia ride, pemain terkemuka dalam industri e-hailing dalam memastikan tetamu kami mempunyai pilihan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan berkualiti apabila memulakan dalam perjalanan untuk meneroka dan menemui semula dunia hiburan dan pengembaraan yang tiada tandingan di Resorts World Genting. Kami yakin hubungan ini sesuai kerana ia membolehkan sambungan mudah antara lapangan terbang atau Lembah Klang dan Resorts World Genting dan kami percaya hanya menawarkan pengalaman terbaik dalam kelasnya untuk tetamu kami.
Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter.
Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia MOVE (cari airasia Superapp) anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.