AirAsia Newsroom

View Original

airasia ride perkenalkan ciri baharu pra-tempah antara negara

Pra-tempah pengangkutan di lapangan terbang Kuala Lumpur, Bangkok dan Bali dari mana sahaja sebelum anda mendarat dengan airasia ride di airasia Superapp

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 - Kini anda boleh melawati Kuala Lumpur, Bangkok, dan Bali dan merancang perjalanan anda dengan lebih mudah dengan ciri baharu pra-tempah antara negara dari airasia ride, yang mana anda boleh menempah seawal tiga hari sehingga empat jam sebelum ke destinasi pilihan anda dari mana-mana negara lain.

Sebagai permulaan, ciri baharu ini tersedia untuk ketibaan di lapangan terbang utama seperti Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai klia2) di Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Thailand and Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali, Indonesia.

Pra-tempah airasia ride anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, berkata,”Sambil kami terus mengukuhkan matlamat kami sebagai platform perjalanan dan gaya hidup, segala yang kami lakukan adalah tertumpu kepada memberikan pengalaman terbaik untuk para pelancong. Oleh itu, tumpuan kami pada perjalanan lapangan terbang merentasi destinasi pelancongan utama seperti di Kuala Lumpur, Bangkok dan Bali di mana airasia ride boleh memudahkan perjalanan yang lancar dari rumah ke lapangan terbang dan hotel melalui satu aplikasi. Kami mahu terus mengembangkan perkhidmatan dan jumlah penumpang di lapangan terbang kami, dan ciri baharu ini yang membolehkan anda semua membuat pratempah perjalanan anda dari mana-mana sahaja di dunia ini dan akan memberikan lebih nilai dan kemudahan, selain daripada pengalaman baharu untuk pengembara.”

Dapatkan lebih penjimatan untuk airasia ride anda dengan kod promosi di bawah:

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.