Capital A lancar airasia brand co., lantik Ketua Pegawai Eksekutif untuk pacu perkembangan jenama di Asean dan dunia
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2023 - Capital A Berhad, syarikat induk bagi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia iaitu AirAsia, hari ini mengumumkan sebuah entiti baharu, “airasia brand co.” (abc.), untuk memacu jangkauan serta impak jenama airasia di seluruh dunia. abc. yang bakal diketuai Rudy Khaw sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, sebagai Pengerusi, akan mengambil alih pemilikan semua portfolio Harta Inteleknya (IP), termasuk jenama dan tanda dagangan seluruh Kumpulan Capital A.
Dengan lebih 16 tahun pengalaman dalam pengurusan jenama, Rudy berpengalaman sebagai Ketua Pegawai Penjenamaan AirAsia dan airasia Superapp di mana beliau berjaya menerajui beberapa inisiatif penjenamaan strategik yang telah membawa pertumbuhan hasil yang ketara.
Ketua Pegawai Eksekutif airasia brand co. Rudy Khaw berkata, “Jenama airasia kini telah menjadi sebuah simbol nilai, kualiti dan perhubungan. Pesawat merah kami telah menjadi ikon di dalam industri penerbangan Asean; dan seiring usaha penjenamaan sejak 22 tahun yang lalu, jenama airasia kini telah menjadi jenama kebanggaan Asean dan di seluruh dunia. Kami amat teruja untuk memulakan usaha baharu ini dan membawa jenama airasia untuk terbang dengan lebih tinggi. Melalui abc., kami akan meneroka cara baharu dan menarik untuk menghubungkan orang ramai dalam memperluas jenama airasia merentasi pelbagai industri dan mengembangkan potensi sebenarnya.”
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Pelancaran airasia brand co. menandakan satu lagi peristiwa penting bagi kami semua. Jenama airasia adalah sesuatu yang kami banggakan kerana ia telah dibina oleh para Allstars kami, dan kami mengiktiraf potensi besarnya dalam menjadi lebih daripada sekadar jenama syarikat penerbangan. Saya percaya bahawa kepakaran Rudy dalam pengurusan jenama dan kemampuan beliau dalam memacu pertumbuhan, kami akan dapat mencari ruang baharu untuk mempertingkatkan kesetiaan pengguna terhadap jenama kami. Dengan mempelbagaikan perkhidmatan kami kepada pelesenan, pembarangan dan penciptaan kandungan, kami akan menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan jenama dan memperluaskan jenama kami dan mencipta pengalaman bermakna melangkaui transaksi bagi berjuta-juta peminat airasia di seluruh dunia.”
Bagi membawa jenama airasia ke tahap yang lebih tinggi, abc. akan menumpukan perkhidmatannya kepada bidang utama iaitu pembangunan, termasuk pelesenan jenama strategik, kerjasama jenama dan peluang dagangan dalam sektor berkaitan perjalanan dan gaya hidup, serta penciptaan kandungan yang akan membolehkan jenama itu meningkatkan pendedahan, menjangkau khalayak yang lebih luas dan menambah nilai yang sangat besar kepada ekosistem airasia.
***TAMAT***
About Capital A
Capital A (formerly known as AirAsia Group) is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology, including airasia Superapp, fintech BigPay and Teleport as a logistic hub in ASEAN. Capital A’s vision is to create and deliver products and services that focus on offering the best value at the lowest cost, underpinned by robust data accumulated over 20 years in operation and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.