AirAsia Newsroom

View Original

Syarikat penerbangan Citilink Indonesia kini tersedia di airasia Superapp

  • Memperkukuhkan lagi kedudukan airasia Superapp sebagai agensi pelancongan dalam talian terkemuka di rantau ini dengan rangkaian perjalanan laluan Citilink yang diperluaskan dan memberikan nilai kepada pengguna

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 - Citilink, salah satu syarikat penerbangan tambang rendah utama Indonesia dengan lebih 90 laluan merentasi rangkaiannya kini tersedia untuk tempahan di airasia Superapp, memberikan pelancong pengalaman perjalanan yang lebih luas, fleksibel dan mampu milik.

Perkongsian antara airasia Superapp dan Citilink ini telah dirasmikan pada majlis menandatangani perjanjian antara Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp dan Ichwan F. Agus, Ketua Pegawai Komersial & Kargo Citilink di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kedua-dua airasia Superapp dan Citilink komited untuk mengoptimumkan semua potensi kerjasama daripada perkongsian ini termasuk kempen pemasaran bersama, jualan silang dengan perkhidmatan pelancongan lain pada superapp perjalanan serta inisiatif untuk memastikan kepuasan pengguna dan prestasi perniagaan kedua-dua entiti.

Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp, berkatakan, "Kami ingin mengalu-alukan Citilink Indonesia ke platform OTA airasia Superapp, dan kami berbesar hati untuk mendapat kepercayaan mereka untuk menjual rangkaian laluan Citilink yang luas pada aplikasi kami, mengukuhkan lagi kedudukan OTA kami di Asia Tenggara. Perkongsian itu menandakan satu peristiwa penting dalam industri pelancongan Asia Tenggara di mana dua gergasi industri yang berkongsi visi yang sama akan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk memberikan kualiti dan nilai dalam perjalanan untuk semua orang."

Ichwan F. Agus, Ketua Pegawai Komersial & Kargo Citilink, menyatakan, "Citilink amat mengalu-alukan kerjasama dengan airasia Superapp. Kerjasama ini adalah salah satu usaha berterusan Citilink untuk menambah baik perkhidmatan dan memberi nilai tambahan kepada semua pelanggan. Kerjasama antara Citilink dan airasia Superapp juga dijangka memberi manfaat yang luas terutamanya dari segi memudahkan perjalanan pelanggan."

Citilink mempunyai rangkaian luas 250 penerbangan harian di seluruh Indonesia, dari Medan, Pontianak, Bali, Manado, ke Jayapura dan lain-lain, serta beberapa laluan antarabangsa, seperti ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Singapura.

Selaras dengan perkongsian itu, Citilink turut membuka laluan baharu menghubungkan Indonesia dan Malaysia iaitu laluan Medan – Kuala Lumpur selepas laluan Jakarta – Kuala Lumpur dan Medan – Pulau Pinang yang telah beroperasi sebelum ini. Laluan baharu ini dilancarkan secara rasmi pada 16 Jun 2023, dan terbang setiap hari dengan pesawat Airbus A320.

Khas untuk ketiga-tiga laluan tersebut, airasia Superapp dan Citilink menawarkan diskaun eksklusif sehingga 20%. Tambang promosi tersedia untuk tempahan di airasia Superapp mulai sekarang hingga 25 Jun 2023 untuk tempoh perjalanan antara 19 Jun - 31 Disember 2023.

Selain daripada Citilink, airasia Superapp juga mempunyai lebih 70 rakan kongsi syarikat penerbangan langsung lain dengan nama terkenal, seperti ANA, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, Etihad, Thai Smile, serta lebih daripada 700 syarikat penerbangan global lain secara keseluruhan pada platformnya. Visi airasia Superapp adalah untuk menyediakan pengalaman tempahan perjalanan dari mula hingga ke akhir perjalanan yang lancar untuk setiap pengembara, dari penerbangan, hotel, pemindahan lapangan terbang, pengangkutan, pengalaman kulinari, perjalanan runcit dan membeli-belah bebas cukai, insurans dan banyak lagi dalam satu aplikasi mudah. Kesemua perkhidmatan ini dirangkumkan oleh program kesetiaan airasia rewards, yang membolehkan pengguna memperoleh dan menebus airasia poin untuk setiap transaksi dalam aplikasi.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram & TikTok atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.