AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia mulai tahun baru dengan jualan besar-besaran, tawar tambang hebat di seluruh rangkaian penerbangan

Nikmati diskaun 24% untuk penerbangan ke 130 destinasi

Laluan baharu ke Jaipur dari Kuala Lumpur bermula RM209*

SEPANG, 9 Januari 2024 - AirAsia melancarkan jualan besar-besaran sempena sambutan tahun baru untuk semua tempat duduk di seluruh rangkaian penerbangannya.

Para tetamu AirAsia kini boleh menikmati diskaun 24% untuk penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh Asean seperti Langkawi, Kuala Terengganu, Krabi, Jakarta dan banyak lagi. Lawati destinasi menarik seperti Tiruchirappalli, Colombo, Kunming dan banyak lagi untuk pengalaman budaya dan membeli-belah yang tiada tandingannya. Bagi mereka yang ingin terbang lebih jauh, nikmati diskaun ke destinasi popular AirAsia X seperti Almaty, Taipei, Melbourne, Shanghai, New Delhi dan banyak lagi. Tempah penerbangan dengan tambang diskaun bermula hari ini hingga 14 Januari 2024 dan mulakan pengembaraan dari 22 Januari hingga 30 November 2024. Diskaun ini tersedia untuk tempahan di aplikasi airasia Superapp atau layari www.airasia.com.

AirAsia juga terus mengembangkan rangkaiannya pada tahun ini dengan pelancaran laluan baharu yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan destinasi yang dinanti-nantikan oleh semua, menghubungkan Kuala Lumpur dengan kota yang popular di utara India iaitu Jaipur, juga dikenali sebagai Bandar Merah Jambu. Kota Jaipur yang merupakan permata negeri Rajasthan terkenal di seluruh dunia berikutan keindahan kubu abad ke-16 serta istana megah Jal Mahal dan lain-lain tarikan. Bagi meraikan pelancaran laluan ke Jaipur yang akan bermula pada 21 April 2024, AirAsia menawarkan tambang promosi ke bandar tersebut bermula RM209* untuk tambang termasuk semua sehala dan bermula INR7,999* dari Jaipur ke Kuala Lumpur. Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan bermula 9 Januari hingga 23 Januari 2024 unutk tempoh perjalanan antara 21 April 2024 dan 19 Mac 2025.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group berkata: "Kami berbesar hati untuk meraikan pelbagai kejayaan pada tahun 2023 yang telah menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia. Sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada para tetamu, kami memulakan tahun ini dengan melancarkan jualan besar-besaran. Tahun ini akan menandakan tahun ke-23 AirAsia menghubungkan para tetamu ke destinasi-destinasi yang menarik dengan tambang berpatutan yang merupakan visi dan misi kami. Dengan jualan ini, para tetamu boleh merancang percutian dan perjalanan balik kampung lebih awal untuk lebih penjimatan.

"Kami juga berbangga untuk mengumumkan laluan baharu yang akan dikendalikan oleh AirAsia Malaysia ke salah satu destinasi paling popular iaitu Jaipur. India sentiasa menjadi salah satu pasaran terbesar AirAsia dan kami berbesar hati untuk meningkatkan jumlah penerbangan ke negara tersebut berikutan pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai kemasukan tanpa visa untuk warganegara India ke Malaysia. Kami berharap untuk membawa lebih ramai pelancong pada tahun ini dengan tambang berpatutan.”
Untuk terus menawarkan pengalaman penerbangan terbaik kepada para tetamu, AirAsia juga menawarkan Insurans Kelewatan Penerbangan** dengan diskaun istimewa sebanyak 24 peratus, yang terpakai jika penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya dua (2) jam dari waktu perlepasan yang dijadualkan atau waktu perlepasan yang baharu, dikuasakan oleh Tune Protect Malaysia.


*Promosi tambang termasuk semua untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

**Insurans Kelewatan Penerbangan perlu ditempah semasa tempahan penerbangan asal dilakukan dalam tempoh kempen ini. Sah untuk penerbangan dengan kod syarikat penerbangan AK, D7, Z2 dan QZ.