AirAsia Newsroom

View Original

Siap sedia untuk musim perayaan yang akan datang dengan Jualan Mega AirAsia MOVE!

KUALA LUMPUR, 15 October 2024 - Hujung tahun semakin menghampiri, musim perayaan akan bermula. Perayaan Deepavali, Krismas, dan Tahun Baru semakin menghampiri, kini tiba masanya untuk merancang pengembaraan yang seterusnya!

Jualan Mega AirAsia MOVE kini kembali =memudahkan perancangan percutian anda, menawarkan diskaun hebat untuk penerbangan, hotel, perjalanan, dan banyak lagi. Sama ada anda mengimpikan pantai tropika, percutian musim sejuk, atau percutian seisi keluarga yang dengan lebih menarik , AirAsia MOVE kini menawarkan segala-galanya untuk menjadikan musim perayaan kali ini  lebih berbaloi.

Terokai  tawaran mega yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober 2024 di AirAsia MOVE, dan jimat lebih apabila anda membuat pembayaran dengan mengunakan kad Visa, serta nikmati peluang untuk memenangi penginapan secara percuma semasa Jualan Mega ini!

Belanja dan Menang Penginapan 3H2M di Perhentian Marriott Resort & Spa. 

Dengan setiap transaksi yang dilakukan semasa Jualan Mega, anda  berpeluang untuk memenangi penginapan secara PERCUMA 3H2M di Perhentian Marriott Resort & Spa. Lebih banyak anda berbelanja, lebih  tinggi peluang untuk menang!

Penerbangan Antarabangsa

Bersedia untuk percutian menarik ke luar negara? Tempah penerbangan anda dari Kuala Lumpur ke destinasi menarik seperti Istanbul, Vienna, dan Budapest mulai sekarang hingga 20 Oktober 2024, dengan harga bermula RM1,207  termasuk semua sehala. Nikmati tambahan diskaun RM30 dengan kod promo VISA apabila anda menggunakan kad Visa semasa pembayaran. Mula melancong antara 15 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2025.

Penerbangan AirAsia

Pengguna MOVE kini boleh terbang dengan AirAsia dari Penang atau Kuala Lumpur ke destinasi popular seperti Langkawi, Phuket dan banyak lagi, dengan tambang bermula daripada RM79 termasuk semua sehala. Para pelancong yang berlepas dari Kota Kinabalu juga boleh mendapatkan tambang serendah RM319 termasuk semua sehala ke Taipei, Kaohsiung, seiring dengan sambutan Tahun Baru atau Tahun Baru Cina. Tempah tempat duduk anda sekarang untuk tempoh perjalanan antara 14 Oktober 2024 hingga 30 Jun 2025.

Hotel 

Pengguna AirAsia MOVE kini boleh menikmati diskaun sehingga RM88* untuk tempahan hotel di seluruh dunia dengan menggunakan kod promo MEGAMOVE dan VISA, dengan perbelanjaan minimum RM400. Untuk memilih hotel anda, klik sahaja ikon “Hotels” dan pilih bandar dan tarikh penginapan pilihan anda.

Penerbangan + Hotel 

Terokai Langkawi, Kota Kinabalu, Bangkok dan banyak lagi destinasi dan nikmati diskaun sehingga RM158* dengan menggunakan kod promo MEGAMOVE dan VISA, dengan perbelanjaan minimum RM1200. Buka aplikasi dan klik ikon “Flight+Hotel” untuk menikmati penjimatan kombo  ini.

AirAsia Ride

Tempah pemindahan lapangan terbang ke dan dari KLIA Terminal 1 & KLIA Terminal 2 dengan AirAsia Ride, serendah RM49*. Nikmati penjimatan tambahan dengan menggunakan kod promo VISA di aplikasi AirAsia MOVE.

ASEAN Explorer Pass

Ingin melancong ke seluruh Asia Tenggara? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun 8 peratus* apabila membeli ASEAN Explorer Pass semasa Jualan Mega dengan menggunakan kod promo MEGAMOVE.

Duty Free

Pengguna AirAsia MOVE boleh menikmati diskaun 30 peratus* untuk semua produk bebas cukai dengan perbelanjaan minimum RM300 dengan menggunakan kod promo GIFT30. Dapatkan tambahan diskaun RM10* apabila membuat pembayaran dengan kad Visa menggunakan kod promo VISA di aplikasi AirAsia MOVE.

AirAsia Gifts

Berbelanja untuk  diri anda atau orang tersayang semasa Jualan Mega dengan diskaun sehingga 50 peratus* untuk e-Voucher dari HealthLand, Petronas, Shell, Llaollao dan banyak lagi, eksklusif di Gifts! Nikmati penjimatan tambahan dengan kod promo WELCOMEGIFT untuk pembelian kali pertama anda.

AirAsia Rewards

Jangan lepaskan Hari Ahli AirAsia Rewards pada 18 Oktober 2024, di mana anda boleh memperoleh 500 mata AirAsia tambahan* dengan perbelanjaan anda! Nikmati mata ganjaran ini untuk menebus penerbangan secara PERCUMA, penginapan hotel, perjalanan, dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.

Stay up to date with everything from AirAsia MOVE by following @airasiamove on Instagram & TikTok or @airasia on X for the latest updates. For a seamless and enhanced experience, download your AirAsia MOVE from the Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

*Tertakluk pada terma dan syarat