AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia MOVE Raih Asia’s Best Travel Booking App untuk Tahun Kedua Berturut-turut di World Travel Tech Awards 2024

  • AirAsia MOVE raih anugerah berprestij ini, menonjolkan dedikasinya dalam menyediakan pengalaman perjalanan yang luar biasa kepada pelancong di seluruh Asia.

PORTUGAL, 25 November 2024 – AirAsia MOVE sekali lagi diiktiraf sebagai ‘Asia Best Travel Booking App’ di World Travel Tech Awards 2024, menandakan kejayaan berturut-turut bagi tahun kedua. Anugerah berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan AirAsia MOVE dalam menyediakan solusi perjalanan yang mudah diakses, cekap, dan berfokuskan pengguna untuk memenuhi keperluan pelancong di seluruh Asia Tenggara dan seterusnya.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE menerima anugerah di Madeira, Portugal semalam. World Travel Tech Awards 2024 meraikan kecemerlangan dalam teknologi pelancongan dengan mengiktiraf inovasi, platform, dan syarikat terkemuka yang membentuk masa depan industri pelancongan. Anugerah ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif lebih besar, iaitu World Travel Awards, yang mengetengahkan kecemerlangan dalam semua sektor industri pelancongan dan perkhidmatan global.

Aplikasi AirAsia MOVE terus menetapkan piawaian baharu dengan menawarkan pelbagai pilihan perjalanan dan penyelesaian yang mudah, membolehkan pengguna membuat tempahan penerbangan, penginapan, pengangkutan lapangan terbang,dan aktiviti.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata, “Memenangi anugerah ini untuk tahun kedua berturut-turut membuktikan komitmen kami dalam menyokong dan mempromosikan perjalanan di seluruh Asean dan seterusnya. Terima kasih kepada semua yang mengundi kami, kemenangan ini akan mejadi motivasi untuk kami terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjadikan pelancongan lebih mudah diakses dan menyeronokkan untuk semua pelancong. Saya juga ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada Allstars kami, yang merupakan tulang belakang AirAsia MOVE.

Sepanjang tahun 2024, kami telah merangka semula arah perniagaan dengan memberi fokus utama kepada produk teras kami, iaitu pelancongan. Kami komited memastikan pelancong menikmati pengalaman yang lancar sepanjang perjalanan mereka. Sebagai sebuah agensi pelancongan dalam talian (OTA), kami berbangga menawarkan lebih daripada 700 syarikat penerbangan dan hampir sejuta hotel serta penginapan, selain perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang dan akses kepada acara langsung serta aktiviti seperti konsert, acara sukan, dan banyak lagi – semuanya dalam satu platform.”

Mike Sawicki, Pengarah, World Travel Tech Awards, berkata, “Tahniah kepada AirAsia MOVE kerana memenangi anugerah ‘Asia Best Travel Booking App 2024’. Pencapaian cemerlang ini menyerlahkan bagaimana jenama ini meningkatkan piawaian dalam teknologi pelancongan. Dedikasi tenaga kerja AirAsia MOVE amat memberi inspirasi.”

Komitmen AirAsia MOVE terhadap kecemerlangan memastikan aplikasi ini kekal sebagai pilihan dipercayai bagi pelancong yang mencari kemudahan, nilai, dan perkhidmatan yang boleh dipercayai. Pada masa hadapan, AirAsia MOVE merancang untuk memperluas keupayaannya sesuai dengan permintaan perjalanan yang sentiasa berubah, sambil menawarkan lebih banyak inovasi kepada pengguna.

Ikuti perkembangan terkini dari AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi AirAsia MOVE dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.








***TAMAT***