Nasihat Perjalanan: AirAsia tawar pilihan pemulihan perkhidmatan untuk tetamu yang terjejas akibat banjir

SEPANG, 29 November 2024 - AirAsia komited untuk menyokong para tetamu dalam musim cuaca buruk dan banjir yang melanda di beberapa destinasi. Bagi menyediakan fleksibiliti dan melancarkan perjalanan, AirAsia menawarkan Pilihan Pemulihan Perkhidmatan (SRO) untuk membantu para tetamu yang terjejas.

Penerbangan ke dan dari lapangan terbang berikut terjejas akibat keadaan cuaca semasa:

  • Alor Setar (AOR)

  • Kota Bharu (KBR)

  • Kuala Terengganu (TGG)

  • Narathiwat (NAW)

  • Hat Yai (HDY)

  • Chennai (MAA)

Para tetamu yang mempunyai tempahan di destinasi ini akan dimaklumkan secara terus melalui e-mel dan SMS mengenai status penerbangan mereka. Sepanjang tempoh ini, tetamu yang terjejas boleh memilih daripada pilihan SRO berikut:

  1. Tukar Penerbangan: Penukaran ke tarikh perjalanan baharu sekali sahaja tanpa caj; ATAU

  2. Akaun Kredit: Simpan nilai tempahan dalam akaun AirAsia untuk perjalanan akan datang.

  3. Pemulangan Pembayaran (Untuk penerbangan yang dibatalkan): Pemulangan jumlah pembayaran penuh, tertakluk kepada terma dan syarat penerbangan yang dibatalkan.

Para tetamu boleh mengakses pilihan ini dengan mudah melalui pautan di AskBo melalui "Pemulihan Perkhidmatan Berikutan Banjir" pada aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Superapp)

Para tetamu juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini dengan melayari airasia.com/flightstatus atau menggunakan aplikasi AirAsia MOVE.

AirAsia terus memantau situasi semasa dan akan mengemas kini status bagi menawarkan pengalaman perjalanan lancar untuk para tetamu.