AirAsia Newsroom

View Original

Milk Partners, AirAsia rewards dan The Sandbox lancar permainan Metaverse 'MiL.k X BIGGIE Wonderverse'

  • Kerjasama ini bertujuan untuk menawarkan pengalaman baharu yang membolehkan pengguna memperoleh nilai dunia sebenar melalui platform permainan metaverse.

KUALA LUMPUR, 07 November 2024 – AirAsia rewards, program kesetiaan AirAsia MOVE, bersama Milk Partners dan The Sandbox, melancarkan pengalaman permainan metaverse yang inovatif yang membawa ganjaran dunia sebenar ke dalam ruang digital. Permainan baharu yang dilancarkan, ‘MiL.k X BIGGIE Wonderverse’, membolehkan pengguna memperoleh ‘SAND Tokens’, ‘Milk Coins’, dan mata ganjaran AirAsia dengan menyertai permainan berasaskan metaverse.

Permainan interaktif baharu ini diinspirasikan oleh BIGGIE, maskot AirAsia rewards, dan diilhamkan daripada permainan mini ‘BIGGIE Wonderland’ di aplikasi AirAsia MOVE. Pengguna perlu menyelesaikan pelbagai tugas dengan mengumpul ‘Milk Coins’ (aset simbolik dalam permainan) di dalam metaverse The Sandbox, yang kemudiannya boleh ditukar dengan aset permainan lain seperti mata ganjaran AirAsia maya, pasport maya, dan kad pintu masuk maya. Setelah semua tugas diselesaikan, pengguna akan menerima ganjaran berupa ‘Milk Coins’, ‘Sand Tokens’, dan mata ganjaran AirAsia yang boleh digunakan di dalam ekosistem AirAsia MOVE.

Kerjasama ini adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh MiL.k untuk mengembangkan ekosistem kesetiaan berasaskan ‘blockchain’, yang turut melibatkan rakan kongsi seperti  SK OK Cashbag, Lotte L.Point, CU, Megabox, Yanolja, dan lain-lain. AirAsia rewards mengendalikan platform kesetiaan komprehensif untuk kumpulan AirAsia, menyokong perniagaan perjalanan dan gaya hidupnya yang merangkumi syarikat penerbangan, ejen pelancongan dalam talian (OTA), logistik, perkhidmatan penerbangan, e-dagang, perkhidmatan kewangan, dan banyak lagi. The Sandbox, sebuah platform metaverse global dengan lebih daripada 6 juta pengguna, menawarkan ruang unik untuk mencipta permainan dan menjana pendapatan. Bersama-sama, AirAsia Rewards dan The Sandbox akan terus mengembangkan ekosistem MiL.k melalui kerjasama global.

Jungmin Cho, CEO Milk Partners, berkata, “Selepas kejayaan kerjasama kami dengan CU, kami berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasi  seterusnya dengan AirAsia Rewards. Melalui kerjasama ini, kami menyediakan saluran pemasaran baharu di metaverse untuk rakan kongsi, manakala bagi pengguna, kami berharap dapat menawarkan pengalaman yang menyeronokkan serta manfaat sebenar.” Beliau menambah, “Kami akan terus meneroka pelbagai peluang kerjasama dengan rakan kongsi global dari pelbagai industri.”

Nicole Tan, Ketua AirAsia Rewards, berkata, “Sejak mengumumkan perkongsian strategik kami dengan Milk Partners dan The Sandbox pada Julai 2024, kami teruja untuk memperkenalkan pencapaian menarik ini dengan pelancaran ‘MiL.k X BIGGIE Wonderverse’. Kerjasama ini menandakan satu langkah besar dalam menggabungkan ganjaran digital dan dunia sebenar, serta memberikan pengalaman yang menarik kepada komuniti global kami. Kami percaya peluang penglibatan yang inovatif dalam metaverse ini akan menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman mata yang lebih dipertingkatkan bagi para ahli kami. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Milk Partners untuk mengembangkan ekosistem ganjaran global melalui The Sandbox, dan meneroka peluang baharu dalam Web3 untuk pengguna di seluruh dunia.”

Ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok untuk mendapatkan perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.