AirAsia menyatukan keluarga dengan tambang rendah tetap pada Tahun Baru Cina ini
Terbang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak dengan tambang rendah tetap* pada RM328 sehala ke Sarawak dan RM388 ke Sabah sehala
SEPANG, 3 Disember 2024 - AirAsia hari ini melancarkan tambang rendah tetap yang dinanti-nantikan untuk menyatukan rakyat Malaysia sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang pada bulan Januari 2025.
Terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching, Bintulu, Miri atau Sibu; atau dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu atau Miri dengan hanya RM328 sehala, serta tambah rendah tetap dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Tawau, atau Sandakan, atau dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dengan hanya RM388* sehala. Tempahan bermula 3 Disember sehingga 4 Februari 2025, untuk perjalanan dari 24 Januari 2025 sehingga 4 Februari 2025.
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 3,600 penerbangan mingguan sempena musim perayaan ini dengan menawarkan lebih daripada 27,000 tempat duduk pada tambah rendah tetap.
Keterangan Gambar: (Ketiga dari kiri) Paul Carroll, Ketua Pegawai Komersial AirAsia Aviation Group; Datuk Kapten Chester Voo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Penerbangan) Kumpulan AirAsia Aviation; YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia dan Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group di majlis pelancaran tambang tetap AirAsia sempena Tahun Baharu Cina 2025.
Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook berkata: “Kerajaan terus komited dalam membantu menyatukan rakyat Malaysia sempena musim perayaan. Kami berbesar hati melihat AirAsia berusaha untuk memudahkan perjalanan dengan tambang lebih berpatutan. Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan yang sedia ada, termasuk subsidi tambang penerbangan RM499** dan program FLYsiswa yang membantu para pelajar untuk membuat perjalanan antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak dnegan lebih berpatutan. Kami berharap agar dapat terus bekerjasama dengan pemain industri lain bagi meringankan beban rakyat.”
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Dato’ Captain Fareh Mazputra berkata: “Menjelang bulan terakhir tahun 2024 dan dalam tempoh persiapan perayaan Tahun Baru Cina akan datang, kami teruja untuk melancarkan tawaran tambang tetap dengan 27,000 tempat duduk ditawarkan sempena tempoh perayaan ini. Kami berbangga untuk terus menjadi peneraju dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk memastikan perjalanan lebih lancar dan berpatutan bagi rakyat Malaysia, terutama pada musim perayaan.”
AirAsia juga akan menyokong inisiatif kerajaan dengan menawarkan penerbangan kelas ekonomi bermula RM499** sehala dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak. Promosi ini merupakan tawaran tambang asas untuk penerbangan yang terpilih dengan tambang ditetapkan pada kadar maksimum RM499**, dan terpakai untuk perjalanan selama empat (4) hari sebelum Hari Krismas. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen AirAsia untuk menyokong subsidi tambang kerajaan, serta menawarkan keterangkuman dan kemampuan semasa musim perayaan.
Para tetamu yang melakukan perjalanan pada musim perayaan ini digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri menggunakan aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan. Untuk menikmati pengalaman penerbangan lebih lancar, para tetamu digalakkan untuk tiba awal di lapangan terbang. Kaunter daftar masuk bagasi kendiri dibuka tiga (3) jam sebelum waktu perlepasan untuk penerbangan antarabangsa, dan dua (2) jam sebelum waktu perlepasan untuk penerbangan domestik.
*Promosi tambang tetap ini adalah untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk servis caj penumpang, caj perkhidmatan, caj bahan api, dan caj-caj lain yang berkenaan. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja. Tertalkluk kepada terma dan syarat lain.
**Penerbangan dengan tambang asas yang kurang daripada RM499 akan dijual pada tambang semasa. Tambang tidak boleh dikembalikan dan tertakluk kepada terma dan syarat lain. Subsidi kerajaan untuk pembelian tiket kelas ekonomi sehala melebihi RM499 dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Sah untuk empat (4) hari sebelum Hari Krismas.