AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia X Sambung Semula Penerbangan ke Changsha, Ibu Kota Pelancongan Terunggul China

SEPANG, 5 Julai 2024 - AirAsia X hari ini meraikan penyambungan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Changsha, ibu kota dan bandar terbesar Wilayah Hunan di China.

Bandar ini diiktiraf sebagai salah satu destinasi pelancongan utama China, yang sering menjadi pilihan pelancong asing dan tempatan. Terkenal dengan budaya yang meriah dan sejarah yang kaya, ia juga merupakan destinasi popular untuk pelancongan malam di rantau ini.

Penerbangan sulung berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada 5:25 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua pada 10:30 malam pada 5 Julai 2024. Tetamu yang menaiki penerbangan D7 352 diraikan oleh Dato' Fam Lee Ee, Pengerusi AirAsia X, Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan Allstars

Penerbangan sulung ini mencatat faktor muatan penumpang melebihi 70 peratus, dengan lebih 40 peratus pelancong dari China dan lebih 30 peratus penumpang dari Malaysia.

AirAsia Group kini terbang ke sejumlah 17 destinasi di China. AirAsia X (kod penerbangan D7) mengendalikan empat penerbangan mingguan ke Changsha dan ini menandakan destinasi keenamnya dari Kuala Lumpur ke China, selepas Shanghai, Hangzhou, Beijing (Daxing), Chengdu (Tianfu), dan Xi'an, sekali gus memperkukuh lagi status AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar di China.